Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
49) GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa bilangan gangguan bekalan air yang dialami di Selangor setiap bulan bagi 12 bulan yang lepas?
Dalam tempoh 12 bulan yang lepas (Ogos 2016 sehingga Julai 2017) terdapat 32 insiden gangguan bekalan dengan purata 3 kes setiap bulan.
Tahun Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec Ogos 2016 – Julai 2017 2017 3 2 0 4 2 2 1 14 2016 4 2 4 4 4 18 JUMLAH GANGGUAN BEKALAN AIR 32 -
Sila huraikan gangguan yang melebihi 48 jam
Kebanyakan gangguan yang melebihi 48 jam adalah
- Gangguan bekalan air yang melibatkan henti tugas loji rawatan air adalah disebabkan kekurangan sumber air mentah, pencemaran air, kegagalan peralatan dan gangguan bekalan elektrik.
- Kerja-kerja kecemasan melibatkan penyenggaraan sistem bekalan air dan pembaikan paip pecah yang bersaiz besar melebihi 1,000 milimeter diameter.
- Terdapat kerja-kerja penyenggaraan sistem bekalan air secara berjadual dan pengalihan paip secara berjadual oleh Air Selangor dan pihak ketiga (contohnya MRT).
Huraian gangguan bekalan air adalah seperti berikut.
Bil. Punca Gangguan Bekalan Air 2016 2017 1 Penurunan paras kolam perkhidmatan 3 4 2 Paip Pecah 9 8 3 Henti tugas Loji Rawatan Air 6 0 4 Gangguan bekalan elektrik di rumah pam 0 2 JUMLAH 18 14 -
Apakah kos untuk membaiki semua insiden gangguan yang dihuraikan di atas?
Kos yang terlibat bagi 32 insiden gangguan bekalan air di atas adalah sebanyak RM5.7 juta.