Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

249) GANGGUAN BEKALAN AIR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Senaraikan menurut daerah, tarikh, bilangan hari berlakunya gangguan bekalan air pada tahun 2016

    Sepanjang tahun 2016 terdapat 20 insiden loji rawatan air terpaksa di henti tugas kerana pencemaran ammonia dan pencemaran bau seperti berikut.

     

  2. Apakah punca-punca berlakunya gangguan bekalan air tersebut?

    Sama seperti di SUB (a)

  3. Apakah tindakan Kerajaan dalam memastikan gangguan seperti itu tidak berulang kembali?

    Air Selangor mempunyai unit pemantau (17 orang) sungai sepenuh masa untuk memantau dan mengawasi semua sungai yang membekalkan air mentah kepada loji-loji rawatan air setiap hari.

    Kerajaan Negeri dengan kerjasama Lembaga Urus Air Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Alam Sekitar mengawasi semua operasi pengusaha perindustrian dan komersial yang terletak berhampiran semua sungai di Selangor untuk mencegah pencemaran.

Lampiran

Tiada Lampiran.