Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
275) GANGGUAN BEKALAN AIR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan statistik pemecahan paip dan pemutusan bekalan air di DUN Rawang.
Bagi DUN Rawang, statistik gangguan bekalan air bagi tahun 2022 mencatatkan jumlah keseluruhan 26 kes paip pecah dan 3 kes tiada bekalan air sehingga September tahun ini.
Gangguan bekalan air membabitkan 13 kawasan di DUN Rawang. Berikut merupakan pecahan kes mengikut kawasan di DUN Rawang:
- Kg Rajah, Taman Sri Hijau, Taman Perindustrian Hijau, Taman Garing Utama, Kuala Garing, R&R Rawang, Sg Bakau, Taman Anggun, Taman Desa Mutiara, Rawang Integrated dan Kota Emerald East masing-masing mencatatan 1 kejadian paip pecah pada tahun ini.
- Bandar Country Homes pula mencatatkan 6 kes paip pecah dan 2 kes tiada bekalan air manakala Batu Arang mencatatkan 9 kes paip pecah dan 1 kes tiada bekalan air pada tahun ini.
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi mengurangkan berlaku gangguan bekalan air?
Air Selangor telah merangkumkan pelan strategik perniagaan bagi penambahan dan penambahbaikan aset menerusi rancangan perniagaan 30 Tahun. la melibatkan pembinaan loji baharu, program penggantian paip, penggunaan teknologi terkini dalam menaik taraf sistem operasi dan pembinaan dan pemuliharaan kolam-kolam air. Rancangan perniagaan in dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan bekalan air serta memastikan kelestarian bekalan air di Selangor.
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk penggantian paip di kawasan DUN Rawang?
Air Selangor sedang menjalankan kerja-kerja penggantian paip di kawasan DUN Rawang secara berkala.
- Bagi tahun 2022, Air Selangor telah mendapat permit kebenaran menjalankan kerja-kerja penggantian paip pada 20 September 2022 untuk Kampung Kenanga, Hulu Selangor. Kerja ini melibatkan penggantian paip sepanjang 0.29km di Jalan Kemuning dan 0.14km di Jalan Melur yang dijangkakan bermula pada 20 November 2022.
- Bagi tahun 2023 pula, Air Selangor menjangkakan kerja-kerja penggantian paip untuk dijalankan bermula Januari 2023 di beberapa kawasan di Hulu Selangor. Setakat ini, kerja-kerja penggantian paip di sepanjang 0.58km di Lorong OC 8/9, Batu Arang, sepanjang 0.71km di Jalan Stesen, Bukit Nenas, Batu Arang, dan sepanjang 1.47km melibatkan Jalan NGP, Jalan NGP 2/1, Jalan 1 – 4 dan Jalan Waterfall Kampung Lim Tan Rawang, Wilayah Hulu Selangor telah dijadualkan.
- Pada masa ini, Air Selangor berada pada fasa mereka bentuk pelan bagi penggantian paip sepanjang 0.54 km di Jalan Desa 1/1, Bandar Country Homes, 0.17km di Jalan Anggerik, Kampung Kenanga dan 0.33km di Jalan Velox 9, Taman Velox, Wilayah Hulu Selangor.