Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

28 Jun 2013, 01 Julai - 05 Julai 2013 dan 08 Julai 2013

36) GAJI MINIMUM RM1,500

Tahun: 2013

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah skim ini dapat diteruskan tanpa geran tersebut?

    Di dalam program Geran SelangorKU 2012, terdapat peruntukan bagi Pengenalan Gaji Minima. Skim Pengenalan Gaji Minima ini boleh diteruskan walaupun tiada saluran Geran SelangorKU dibuat, ini kerana syarikat-syarikat Kerajaan Negeri yang di bawah MBI tidak mempunyai kakitangan yang digaji di bawah polisi gaji minima

  2. Bagaimana skim ini dapat diperluaskan di kalangan penjawat awam negeri pula?

    Untuk memperluaskan skim gaji minima ini kepada penjawat awam negeri, pihak Kerajaan Negeri sendiri perlu mengkaji kembali sistem penggajian penjawat awam negeri yang ada buat masa ini dengan mengambil kira semua aspek yang akan terlibat. Ini kerana penggajian penjawat awam negeri mempunyai skala gaji yang telah ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.