Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
143) GAJI MINIMUM DAN KAKITANGAN PKM
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Preakas A/l Sampunathan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah Kerajaan Negeri dalam menambah elaun pejalanan, telefon dan Touch N Go disebakan kekerapan menghadiri mesyuarat di bawah agensi kerajaan?
Sebagai makluman Yang Berhormat Kota Kemuning, pada masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk menambah kemudahan tuntutan perjalanan dan bayaran lain memandangkan kakitangan PKM adalah tertakluk kepada syarat-syarat lantikan Contract for Services (CfS) seperti mana perjanjian yang ditandatangani.
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah kursus peningkatan kemahiran bagi kakitangan PKM serta menambah bilangan kakitangan PKM?
Sebagai makluman Yang Berhormat Kota Kemuning, buat masa ini Kerajaan Negeri tidak mempunyai perancangan untuk menambah kursus peningkatan kemahiran bagi kakitangan PKM. Walau bagaimanapun, Ahli-Ahli Dewan Negeri boleh mengambil inisiatif sendiri untuk mengaturkan sebarang kursus yang bersesuaian dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan.
-
Adakah terdapat rancangan untuk menaikkan gaji kakitangan PKM atau menukarkan kepada model "living wage"?
Sebagai makluman Yang Berhormat Kota Kemuning, Kerajaan Negeri sedang dalam tindakan mengkaji pelarasan gaji bagi kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat seluruh Selangor yang akan dilihat bersekali dengan jawatan-jawatan setara yang lain.