Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

103) GAJI MINIMA

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Nasir Bin Hashim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah memutuskan bahawa garis kemiskinan dan gaji minima adalah pada paras RM 1500.00. Sejauh manakah Kerajaan Negeri dapat melaksanakan gaji minima ini dan apa masalahnya?

    Gaji minimum hanya boleh dikuatkuasakan oleh Kementerian Sumber Manusia dan
    bukan berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

  2. Adakah Kerajaan Negeri bertujuan untuk memulakan gaji minima ini pada anak-anak syarikat Kerajaan Negeri?

    Kerajaan Negeri belum bertujuan memulakan gaji minimum pada syarikat Kerajaan
    Negeri.

  3. Bagaimana Kerajaan Negeri melaksanakan gaji minima ini pada syarikat-syarikat swasta?

    Gaji minimum hanya boleh dikuatkuasakan oleh Kementerian Sumber Manusia dan
    bukan berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.