Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
248) GAJI MINIMA
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah pekerja Kerajaan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan & Badan Berkanun Negeri yang mendapat gaji dibawah RM1100, iaitu gaji minimum yang dicadangkan oleh Manifesto Pakatan Rakyat?
- Berdasarkan rekod yang dikemas kini, jumlah penjawat awam Kerajaan Negeri Selangor, Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun Negeri yang mendapat gaji di bawah RM1,500.00 adalah seperti berikut:
- Data yang menunjukkan jumlah pecahan mengikut julat gaji (mengambil kira
gaji pokok sahaja):
Agensi Julat Gaji Lantikan Tetap Lantikan Kontrak Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor (meliputi Pejabat Daerah / Pihak Berkuasa Tempatan
/ Jabatan / Agensi)
RM0 – RM500.00 0 0 RM500.01 – RM1000.00 955 576 RM1000.01 – RM1500.00
5585 1247 JUMLAH
6540
1823
JUMLAH KESELURUHAN 8363 orang - Data yang menunjukkan jumlah pecahan mengikut gred jawatan (mengambil kira gaji pokok sahaja):
Gred Kelayakan Minimum Skim Perkhidmatan Jumlah Tetap Kontrak 1-16 Tamat Darjah Enam / PMR / SRP Pelbagai Skim 3526 581 Gred Kelayakan Minimum Skim Perkhidmatan Jumlah Tetap Kontrak 17-26 SPM / Sijil 2987 1226 27-40 Diploma / STPM 27 16 Jumlah 6540 1823 Jumlah Keseluruhan 8363 orang Untuk makluman, anggota Kumpulan Pelaksana (Gred 1 hingga 40) juga berkelayakan menikmati elaun-elaun tetap bulanan seperti berikut:
- Elaun Tetap Perumahan (ITP) – RM180.00
- Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) – RM95.00 – RM220.00
- Bantuan Sara Hidup (BSH) – RM 150.00 – RM300.00
Jumlah anggaran bulanan – RM425.00 (min) RM700.00 (maks)
Selain itu, anggota Kumpulan Pelaksana juga diberikan Kadar Kenaikan Gaji Tahunan berjumlah RM80.00 (minimum) hingga RM180.00 (maksimum) setahun. Secara perbandingannya, hanya sekitar 1,500 orang (6.5%) anggota sahaja yang menikmati emolumen bulanan di bawah kadar RM1,500.00 berbanding 23,000 orang anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di Jabatan / Agensi Negeri Selangor buat masa ini.
-
Apakah tindakan yang telah atau akan diambil untuk memastikan semua pekerja mendapat gaji minima ini
Kerajaan Negeri sentiasa memberikan latihan-latihan pembangunan kemajuan kerjaya kepada semua Penjawat Awam Negeri Selangor. Ini bertujuan bagi melahirkan Penjawat Awam yang kompeten dan mempunyai nilai tambah agar lebih kompeten untuk menyandang jawatan-jawatan yang lebih tinggi demi kemajuan kerjaya di masa akan datang.
Di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM), anggota Kumpulan Pelaksana (Gred 1-40) diberikan kelebihan untuk dinaikkan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP) selepas 13 tahun berkhidmat. Secara tidak langsung, inisiatif ini mampu meningkatkan jumlah emolumen bulanan dan motivasi kerja anggota yang berkenaan. Pelaksanaan perkara ini diperjelaskan melalui surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) bertarikh 14 Mei 2009.
Berdasarkan penerimaan pakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2013, gaji minimum anggota perkhidmatan awam secara keseluruhannya telah dinaikkan dengan mengambil kira perkembangan keadaan ekonomi semasa. Selain itu, kelayakan minimum pelantikan anggota perkhidmatan awam juga telah dinaikkan ke Penilaian Menengah Rendah (PMR) daripada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) sebelum ini.