Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

97) GAJI KAKITANGAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah kerajaan akan bercadang untuk meningkatkan gaji kakitangan PKM memandangkan RM2000 sudah lama dilaksanakan?

    Gaji yang ditetapkan kepada petugas di Pejabat DUN adalah setara dengan gaji Pembantu Tadbir N19 yang berkelayakkan Sijil Pelajaran Malaysia. Sehingga kini belum ada cadangan untuk semakan semula gaji berkenaan. Kajian perlu dilakukan dengan sebarang cadangan kenaikan gaji perlu mengambilkira skim-skim perkhidmatan lain yang setara dalam perkhidmatan awam yang lain.

Lampiran

Tiada Lampiran.