Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
104) GAJI GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan butir-butir terperinci sekolah-sekolah rendah agama yang terletak di bawah pengendalian Jabatan Agama Islam Selangor mengikut PBT (nama sekolah, lokasi, jumlah murid) dan apakah dasar kerajaan negeri Selangor dalam pengendalian Sekolah Rendah Agama yang dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan
-
Berikan maklumat yang terperinci tentang kedudukan kewangan Jabatan Agama Islam Selangor sehingga bulan Jun. Ulaskan prestasi kewangan JAIS.
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada Sekolah-sekolah Agama dalam tahun 2007 serta 2008 dan adakah kerajaan negeri akan mengkaji semula kadar gaji guru sekolah agama sedia ada? Ulaskan.