Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
45) GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN EX-OFFICIO EXCO KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa gaji asas dan elaun atas nama jawatan yang disandang?
Bilangan Ex-Officio yang dilantik adalah 3 orang iaitu Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor, Y.B. Datin Paduka Penasihat Undang-undang Negeri Selangor dan
Y.B. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri Selangor. Gaji elaun Y.B. Datin Paduka
Penasihat Undang-undang dibayar oleh kerajaan persekutuan manakala dua Ex-Officio
yang lain dibayar oleh Pejabat masing-masing. Pejabat Dewan Negeri hanya
membayar elaun tertentu kepada Y.B. Penasihat Undang-undang seperti di lampiran ‘E’. -
Berapakah tuntutan dalam dan luar negara atas nama jawatan yang disandang?
Pejabat Dewan Negeri Selangor hanya membayar tuntutan utiliti kepada Y.B. Datin
Paduka Penasihat Undang-undang, manakala bagi Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor dan Y.B. Dato’ Pegawai Kewangan Negeri tuntutan tersebut dibayar
oleh jabatan masing-masing. Tiada bayaran utiliti yang dibuat kepada Y.B. Datin
Paduka Penasihat Undang-undang pada tahun 2009 yang lalu. -
Berapakah elaun dan tuntutan daripada anak-anak syarikat atas nama ahli Lembaga Pengarah anak-anak syarikat tersebut (jika ada)?
Peringkat KDEB
Ahli Lembaga Pengarah KDEB yang dianggotai oleh Ex-Officio Kerajaan Negeri adalah
:-
– Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
– Pegawai Kewangan Negeri SelangorJumlah elaun kedua-dua Ex-Officio pada tahun 2009 sebagai ahli Lembaga Pengarah
KDEB adalah :-
EX-OFFICIO Yuran Pengarah
(Tahunan)
Elaun
Mesyuarat
“Leave Passage”
(Tahunan)
Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor
RM70,000 RM6,000 RM70,000
Pegawai Kewangan
Negeri Selangor
RM70,000 RM9,000 RM70,000
Peringkat Central Spectrum (M) Sdn. Bhd (CSSB)
Ahli Lembaga Pengarah CSSB yang dianggotai oleh Ex-Officio Kerajaan Negeri
Selangor adalah :-
– Pegawai Kewangan Negeri Selangor
Jumlah elaun Ex-Officio pada tahun 2009 sebagai ahli Lembaga Pengarah CSSB
adalah :
EX-OFFICIO Yuran Pengarah
(Tahunan0
Elaun Mesyuarat ‘Leave Passage”
(Tahunan)
Pegawai Kewangan
Negeri Selangor
RM25,000 RM1,500 RM30,000
ELAUN DAN TUNTUAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PNSB BAGI TAHUN 2009
ELAUN
NAMA ELAUN
YB Dato’ Mohd Arif bin Ab Rahman
TAHUNAN MESYUARAT
JUMLAH 40,000.00 2,000.00
TUNTUTAN
Tiada sebarang tuntutan perubatan dan tuntutan faedah percutian yang dibuat bagi
tahun 2009
Lampiran ‘E’
GAJI, ELAUN DAN TUNTUTAN EX-OFFICIO KERAJAAN NEGERI TAHUN 2009
Bi
l
Nama Elaun
Rasmi
MMKN
(Elaun
Mesyuarat
Elaun
Khas /
Ikhtisas
Elaun
Kakitangan (Isi
Rumah)
Bil
Telefon
Bimbit
Jumlah
Elaun
Jumlah Sebulan
(Elaun x Bil
Kakitangan)
Jumlah Setahun
(Elaun x 12 bulan)
Jumlah
Besar
1. Y.B. Datin Paduka
Zauyah Be Bt T.Loth
Khan
1,500.00 2,500.00 500.00 1,000.00 5,500.0
0
5,500.00×1=5,500.00 5,500.00×12=66,00
0.00
66,000.00