Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
192) GAJI DAN ELAUN PEMANDU RASMI KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Menurut skim gaji 2013 Berapakah gaji dan elaun pemandu rasmi kerajaan menurut kelas kenderaan masing-masing?
Gaji permulaan bagi skim perkhidmatan Pemandu Kenderaan Gred H11 ditetapkan mengikut Kelas Lesen Memandu yang dimiliki oleh pegawai seperti Jadual 1 di bawah:
Jadual 1: Penetapan Gaji Permulaan
Kelas Lesen Memandu Gaji Permulaan (RM) Lesen D 896.15 Lesen E/E1/E2 942.30 Lesen F/H 988.45 Lesen G/I 1,034.60 -
Apakah elaun-elaun tambahan yang diterima oleh mereka?
Elaun-elaun tambahan yang diterima oleh Pemandu Kenderaan Gred H11 adalah seperti di Jadual 2 di bawah:
Jadual 2: Jenis-Jenis Elaun Yang Layak Diberikan
Jenis-Jenis Elaun Kadar Elaun (RM) Catatan Bantuan Sara Hidup (BSH)
150.00 (Kawasan C Luar Bandar) dan 300.00
(Kawasan A
Bandar)
Tertakluk kepada kawasan berkhidmat. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)
95.00 Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)
180.00 Kecuali menduduki kuarters Kerajaan.
Tanggungjawab Khas Pemandu
150.00 Khusus kepada pemandu yang memandu kenderaan berikut: i. kereta rasmi pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi Gred Utama ‘B’ dan ke atas serta Gred Khas ‘A’; atau
ii. ambulans; atau
iii. kenderaan yang digunakan oleh Unit atau Bahagian Pencegahan yang terlibat di dalam tugas-tugas operasi pencegahan; atau
Jenis-Jenis Elaun Kadar Elaun (RM) Catatan iv. kenderaan/jentera yang beratnya melebihi 5000kg. Selain itu, Pemandu Kenderaan ini juga berkelayakan menuntut elaun-elaun lain sepertimana disenaraikan di dalam Perintah Am Bab B seperti elaun harian, elaun tuntutan perjalan, elaun makan dan sebagainya mengikut kelayakan masingmasing.
-
Apakah kemudahan kebajikan yang diberikan kepada pemandu rasmi kerajaan?
Antara kemudahan-kemudahan kebajikan lain yang diberikan kepada Pemandu Kenderaan adalah seperti Jadual 3 di bawah:
Jadual 3: Kemudahan-Kemudahan Kebajikan Kepada Pemandu
Jenis-Jenis Kemudahan Catatan Cuti Rehat 20 hari setahun Cuti isteri bersalin 7 hari (atau pilihan 14 hari) Kuarters Kerajaan Berdasarkan permohonan Rawatan Perubatan Termasuk ibu bapa kandung, isteri dan anak-anak Pinjaman kewangan Untuk pembiayaan perumahan dan kenderaan Bekalan pakaian seragam Dibekalkan 3 pasang pakaian seragam dan kasut setiap 2 tahun Kenaikan pangkat Timebased promotion iaitu Pemandu Kenderaan Gred N11 boleh dinaikkan pangkat ke Gred N14 setelah genap 13 tahun perkhidmatan.