Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
29 Julai 2019 dan 31 Julai 2019
52) FUNGSI SETIAP BADAN BERKANUN DAN ANAK-ANAK SYARIKAT BAWAH NEGERI SELANGOR
Tahun: 2019
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan nama untuk setiap badan-badan berkanun dan anak-anak syarikat bawah Negeri Selangor serta fungsi dan peranan yang dibawa oleh mereka.
- Terdapat enam Badan Berkanun Negeri (BBN) yang di bawah Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Perbadanan Kemajuan dan Pertanian Selangor (PKPS), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Manakala fungsi dan peranan anak syarikat adalah tertakluk kepada akta syarikat yang berkenaan.
Bil. Badan Berkanun Negeri
Fungsi 1. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Pengagihan ekonomi yang adil dan pertumbuhan sosio-ekonomi yang berpandukan kepada dasar- dasar kerajaan agar dapat mewujudkan kestabilan, keharmonian dan keadilan sosial khususnya di negeri Selangor. Harapan ini dilaksanakan menerusi pembangunan pusat pertumbuhan baru, penerokaan kawasan kediaman yang vibran dan lestari, pembangunan pusat-pusat perindustrian, perniagaan dan pelbagai aktiviti pelaburan.
2. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) Diwujudkan di atas lima objektif iaitu: i. untuk mengumpul segala maklumat adat Melayu dan warisan negeri Selangor;
ii. bertanggungjawab menyelamat, memelihara
Bil. Badan Berkanun Negeri
Fungsi dan mengembangkan adat Melayu dan warisan Negeri Selangor; iii. memperkasakan adat melayu dan warisan Negeri Selangor;
iv. mewujudkan pusat maklumat dan rujukan berkaitan adat dan warisan Melayu serantau; dan
v. mendekatkan masyarakat umum kepada
institusi permuziuman.
3. Perbadanan Kemajuan dan Pertanian Selangor (PKPS) Bertanggungjawab untuk memajukan industri perladangan dan asas tani bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi negeri Selangor disamping menjalankan projek-projek komersil untuk faedah rakyat. PKPS turut terlibat dalam projek-projek pertanian komersil dan program pembangunan ladang, kelapa sawit untuk rakyat negeri Selangor seperti Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah, Rancangan Tanah Terbiar Kanchong Darat dan Rancangan Tanah Belia Busut. PKPS juga kea rah mengembangkan aktiviti komersil dengan memperluaskan kawasan penanaman kelapa sawit, tanaman getah, pengeluaran buah-buahan tempatan seperti belimbing besi, tembikai, betik, jambu batu, rambutan, pulasan dan lain-lain lagi. 4. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Berikut merupakan fungsi dan peranan PPAS iaitu: i. bertanggungjawab menubuhkan, mengurus dan menyelenggara Perpustakaan Awam Negeri dan perpustakaan-perpustakaan di Daerah;
ii. menyediakan prasarana bagi memudahkan masyarakat mendapatkan ilmu dan maklumat terkini;
iii. mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar;
iv. membudayakan masyarakat dengan budaya membaca; dan
v. membantu merealisasikan agenda dan
Bil. Badan Berkanun Negeri
Fungsi wawasan Kerajaan Negeri. 5. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) Menjalankan fungsi dan kuasa di bawah Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor 2001. Menyediakan garis panduan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pentadbir Tanah dan pemaju berkaitan Perumahan dan Hartanah. Guarded And Gated Community, syarat-syarat pemohon Rumah Kos Rendah (RKR) dan syarat-syarat penyewaan program perumahan Rakyat (PPR).
6. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). LUAS adalah sebuah agensi pengurusan sumber air negeri Selangor yang juga merupakan agensi ulung dan perintis kepada pengurusan sumber air negeri. Dengan adanya Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999, LUAS dilengkapi dengan peruntukan perundangan dan penguatkuasaan untuk melaksanakan tanggungjawab serta fungsinya dengan berkesan. LUAS dipertanggungjawab untuk memastikan sumber air negeri, termasuk lembangan sungai, air bumi dan permukaan, tasik, kolam dan bekas lombong, serta pesisiran pantai Negeri Selangor supaya sentiasa berada di dalam keadaan terpelihara. Fungsi dan tanggungjawab ini dilaksanakan oleh LUAS melalui pendekatan Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu (IRBM) dan juga pendekatan Pengurusan Pantai Bersepadu (ICM).
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor ditubuhkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No.3 tahun 1994) (“Enakmen”) pada 21 September 1994. Enakmen tersebut yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang sedang memegang jawatan atau melaksanakan fungsi Menteri Besar dan penggantinya adalah sebuah badan korporat di bawah nama “Menteri Besar Selangor”.
MBI ditubuhkan untuk mentadbir aset dan pelaburan Kerajaan Negeri dan mewakili Negeri selangor dalam aktiviti ekonomi dan perniagaan yang di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. Ia memainkan peranan untuk mempromosikan dan menyokong usaha pembangunan Kerajaan Negeri serta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada rakyat. Pada asasnya, MBI Selangor adalah
badan berkanun yang ditubuhkan untuk memacu kegiatan ekonomi dan sosial di Negeri Selangor bagi pihak Kerajaan Negeri.
ANAK SYARIKAT DI BAWAH KUMPULAN MBI Bil. Nama Syarikat Fungsi dan Peranan 1. Kumpulan Semesta Sdn Bhd Menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir dan sumber mineral di Negeri Selangor.
2. Permodalan Negeri Selangor Berhad
Syarikat pegangan pelaburan, pembangunan hartanah dan perkhidmatan.
3. Bukit Beruntung Golf & Country Resort Berhad
Kelab Golf dan Rekreasi. 4. Communication Corporation Sdn Bhd
Media rasmi Kerajaan Negeri Selangor. 5. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd
Institusi Pendidikan Tinggi 6. Inpen (Selangor) Sdn Bhd
Institusi Pendidikan (TVET) 7. Kumpulan Darul Ehsan Berhad
Syarikat pegangan pelaburan. 8. Invest Selangor Berhad Menyediakan khidmat profesional dan penyelesaian terunggul kepada para pelabur, menjadi organisasi yang berasaskan pengetahuan yang memacu kearah pelaburan baru, dan menjadi organisasi yang berdasarkan pemikiran berkualiti dan menyediakan mutu kerja terunggul setiap masa.
9. Rantaian Mesra Sdn Bhd
Mempromosikan Program Inisiatif Peduli Rakyat.
10. Yayasan Warisan Anak Selangor Mewujudkan, menganjurkan, mentadbir dan menyelenggara suatu dana yang dikenali sebagai “Tabung Warisan Anak Selangor” untuk digunakan bagi memberi faedah dan kebajikan rakyat Selangor yang lahir dan didaftarkan di Negeri Selangor pada dan selepas 1 Januari 2008.
11. Yayasan Hijrah Selangor Mewujudkan, mentadbir dan menyelenggara suatu dana yang dikenali sebagai Tabung Dar Al Qard Al Hasan Selangor yang digunakan bagi memberi faedah dan kebajikan rakyat Selangor subjek daripada Sultan Selangor.
12. Darul Ehsan Facilities Terlibat dalam pelaburan, perdagangan ANAK SYARIKAT DI BAWAH KUMPULAN MBI Bil. Nama Syarikat Fungsi dan Peranan Management Sdn Bhd peralatan sukan dan pengurusan aset. 13. SRM Setia Sdn Bhd Projek jangka masa panjang bagi penyelenggaraan dan membaik pulih jalan bagi Zon 1, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.
14. Darul Ehsan Investment Group Berhad
Syarikat tidak aktif 15. Tourism Selangor Sdn Bhd Ejen pelancongan, pengurusan resort dan promosi tempat-tempat pelancongan di Negeri Selangor.
16. SMARTSEL Sdn Bhd Infrastruktur IT dan telekomunikasi kluster ekonomi dan aktiviti menyediakan infrastruktur untuk hosting, perkhidmatan pemprosesan data dan aktiviti yang berkaitan.
17. Landasan Lumayan Sdn Bhd Syarikat pegangan pelaburan, kontraktor dan pemaju am bagi Projek Selangor Maritime Gateway.
18. KDEB Waste Management Sdn Bhd
Syarikat pegangan pelaburan, pemerolehan kompaktor untuk Pihak Berkuasa Tempatan.
19. SSDU Innovations Sdn Bhd Melibatkan perundingan teknologi, pengurusan projek, penciptaan harta intelektual, pembangunan teknologi/ eksploitasi dan big data analytics untuk Aplikasi Bandar Pintar (Smart City).
SYARIKAT BERSEKUTU DI BAWAH KUMPULAN MBI 1. Yakin Telesel Sdn Bhd Menjalankan aktiviti struktur rangkaian telekomunikasi dan aktiviti yang berkaitan.
-
Sila senaraikan jumlah aset badan-badan berkanun negeri pada tahun 2018- 2019.
MBI Selangor ditubuhkan di bawah Enakmen Menteri Besar Selangor (Enakmen No.3 tahun 1994) (“Enakmen”) yang merupakan badan pemegang amanah Kerajaan Negeri tidak menuntut MBI untuk mengemukakan maklumat kewangan kepada mana-mana pihak bagi menjaga kepentingan Kerajaan Negeri.