Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008

21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008

40) FUNGSI MAIS

Tahun: 2008

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perubahan-perubahan yang telah dilaksanakan MAIS selepas pemerkasaan tahun 2005 dan apakah kesannya yang boleh dilihat sama ada dari sudut positif atau sebaliknya

    Jumlah ajaran sesat yang telah diwartakan adalah sebanyak 23 ajaran JAIS dan Jabatan Mufti telah mengambillangkah yang drastik dalam menangani masalah ini. Antaranya adalah seperti berikut:-

    Tindakan Jabatan Mufti:-

    i. Menerbitkan buku-buku dan risalah berhubung penjelasan ajaran sesat
    untuk diedarkan masyarakat Islam di semua peringkat.

    ii. Memberi penjelasan melalui Majlis Penerangan atau Seminar, dan
    dakwah serta melalui khutbah Jumaat kepada masyarakat Islam di
    semua peringkat secara berterusan di semua daerah.

    iii. MengadakanMajlis Taubah secara rasmi kepada yang telah insaf

    iv. Mengadakan program pemulihan akidah kepada pengikut kumpulan
    ajaran sesat.

    v. Melaksanakan penguatkuasaan undang-undang ENAKMEN JENAYAH
    SYARIAH (NEGERISELANGOR) 1995

  2. Berapakah jumlah perbandingan ajaran sesat dan kes murtad yang telah dilaporkan di negeri Selangor dan di negeri-negeri lain dan apakah tindakan MAIS, JAIS dan Jabatan Mufti bagi menangani kes-kes ini dan gejala-gejala sosial yang lain?

    Jabatan Mufti Negeri Selangor berpandangan bahawa tiada golongan umat
    Islam yang mempertikai Hukum Hudud dan Qisas seperti di dalam al-Quran dan hadis. Hanya yang didapati ianya belum dilaksanakan. Ini disebabkan terikat dengan undang-undang dalam Perlembagaan Negara Malaysia. Demikian juga mengenai Negara Islam dan Jihad, tiada perbezaan pendapat di antara umat Islam di Malaysia.

  3. Apakah tindakan MAIS, JAIS dan Jabatan Mufti bagi memperbetulkan tindakan golongan-golongan tertentu yang mengakibatkan salah tanggap masyarakat berkaitan dengan hal ehwal agama Islam seperti Jenayah Hudud dan Qisas, Negara Islam, Jihad dan lain-lain

Lampiran

Tiada Lampiran.