Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

237) FRUIT VALLEY

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini fruit valley?

    Status terkini „Selangor Fruit Valleyadalah seperti berikut :- Selangor Fruit Valley (SFV) terbahagi kepada 2 bahagian :-

    i)  Kawasan Yang Diusahakan Sendiri Oleh PKPS

    • Jumlah keluasan kawasan yang diusahakan oleh PKPS adalah seluas 181
    • Kawasan ini telah 90% selesai
    • Kategori tanaman adalah seperti berikut :-
    Bil Kategori Keluasan (Hektar)
    1. Tanaman Bermusim 19
    2. Tanaman Tidak Bermusim 135
    3. Tanaman Kontan 12
    4. Projek Herba 5
    5. Semaian Sawit 10
      Jumlah 181

     

    • Kerja-kerja pembangunan Agro Pelancongan sedang giat

    Diantara adalah seperti berikut :

    • Pembangunan Taman Herba
    • Pembangunan Laman Mini
    • Pembangunan Taman Rusa dan Arnab
    • Pembangunan Infastruktur dan penambahbaikan prasarana
    • Menaiktaraf kerja-kerja lanskap di pintu masuk

     

    ii Kawasan Yang Disewakan Kepada Usahawan Tani

    • Sehingga 18 Oktober 2016 seramai 36 orang usahawan tani telah dipilih untuk mengusahakan tanah di SFV secara sewaan seluas 323 hektar. Keseluruhan kawasan sewaan usahawan tani telah habis Kadar sewaan adalah sebanyak RM150/hektar sebulan.
    • Jenis-jenis tanaman yang dibenarkan untuk diusaha oleh Usahawan Tani adalah tanaman
    • Seorang usahawan madu kelulut telah dibenarkan menempatkan 100 buah sarang kelulut (haif) dikawasan kelapa pandan PKPS. Tambahan seramai 15 orang usahawan madu kelulut telah dipilih dibawah Program Agro Generasi Muda Selangor (AGROGEMS).
  2. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membangunkan fruit valley pada tahun 2017?

    PKPS berhasrat menjadikan SFV sebagai destinasi Agro Pelancongan pada tahun 2017. Perasmian Agro Pelancongan ini dijangka akan dilaksanakan pada bulan Februari

     

    Bagi menarik pelancong ke SFV, pelbagai aktiviti pelancongan akan dilaksanakan seperti berikut :-

    • Menikmati keenakan buah-buahan tempatan (musim / tidak musim)
    • Menyediakan kemudahan pengangkutan „tram‟.
    • Lawatan ke Taman Herba
    • Lawatan ke Taman Rusa dan Arnab
    • Lawatan ke Plot Madu Kelulut
    • Aktiviti air (kenu dan memancing)
    • Aktiviti darat (perkhemahan dan berbasikal)
    • Aktiviti tahunan (basikal lasak, 4×4 dan larian amal)
    • Kemudahan pusat latihan/seminar/kursus
    • Menyediakan kemudahan homestay

     

    Di samping itu juga, sebuah Makmal Bioteknologi akan dibangunkan. Makmal ini akan menghasilkan klon pokok-pokok buah-buahan dan tanaman hiasan.

Lampiran

Tiada Lampiran.