Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

270) FREEDOM OF INFORMATION (FOI)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah maklumat yang telah didedahkan selepas pelaksanaan FOI?

    Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, sejak pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011, pada tahun 2013 sehingga 31 Julai 2015, sebanyak 222 permohonan yang telah diterima dan didedahkan. Antara jabatan/agensi yang menerima permohonan yang tinggi adalah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat.

     

  2. Senaraikan tajuk maklumat-maklumat yang didedahkan tersebut?

    Terdapat sebanyak 222 permohonan yang telah diterima sejak pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 dan tajuk maklumat yang telah didedahkan adalah seperti di lampiran.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.