Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
156) FOODBANK KANAK-KANAK
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah objektif Foodbank Kanak-kanak dan nyatakan perlaksanaan serta pencapaiannya sehingga kini?
Untuk makluman Yang Berhormat, golongan kanak-kanak merupakan kumpulan yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus kerana mereka ini merupakan pelapis masa hadapan bangsa dan negara. Justeru itu, pengenalan program Anak Selangor Anak Sihat (ASAS) yang dilancarkan pada tahun ini bertujuan mengenalpasti kanak-kanak yang mengalami masalah Kekurangan Zat Makanan (KZM) dan seterusnya membantu golongan ini melalui makanan dan nutrisi tambahan seperti susu formula dan multivitamin adalah langkah yang tepat dalam membantu pertumbuhan kanak-kanak yang mengalami masalah KZM ini. Objektif utama program ASAS yang dilaksanakan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) adalah bagi menilai dan menambah baik status pemakanan di kalangan kanak-kanak di bawah 5 tahun yang mengalami masalah KZM dalam golongan B40 dan Orang Asli di Negeri Selangor. Dalam memastikan kelestarian program ini, perlaksanaan program ini bukan secara sekali bagi (one off), tetapi menggunakan sains melalui pengukuran tinggi dan berat badan kanak-kanak dan memberi akses kepada pakar-pakar nutrisi bagi menyediakan perkhidmatan program yang holistik untuk manfaat penerima program dan juga ahli keluarga terlibat.
Program ASAS dibahagikan kepada dua kumpulan penerima seperti berikut:
- Kanak-kanak dalam kategori B40 di kawasan bandar.
Kanak-kanak tersebut akan menerima pek nutrisi (5 tin susu formula khas Nutren Junior dan 30 kapsul multivitamin + lysin) setiap bulan bagi 500 penerima di kawasan-kawasan yang terlibat. Jumlah keseluruhan pemberian adalah sebanyak 15,000 tin susu formula khas Nutren Junor dan 90,000 kapsul multivitamin + lysin. Pencapaian sehingga 27 November 2021 adalah 100%.
2. Kanak-kanak Orang Asli Kampung Bumbum
Kanak-kanak ini akan diberikan pek makanan khas (dimasak) 5 kali seminggu selama 6 bulan dan Susu Tepung Penuh Krim 1 tin sebulan selama 6 bulan dan juga multivitamin. Pencapaian sehingga 30 November 2021 adalah 60%.
-
Bagaimana penggunaan 1 juta untuk Foodbank Kanak-kanak dimanfaatkan?
Bagi tujuan pelaksanaan Program ASAS pada tahun 2021, Kerajaan Negeri telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 986,527.68 dengan perincian adalah seperti berikut: