Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
91) FOOD STAMP
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah caj pengurusan yang dikenakan oleh Hijrah Selangor dalam mengendalikan Skim Food Stamp?
Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju melalui keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bertarikh 8 Jun 2016 EXCO-MTES No.4/15/2016 yang telah disahkan oleh MMKN Ke 20/2016 pada 15 Jun 2016 dengan kadar caj pengurusan yang dikenakan oleh pihak Hijrah Selangor sebanyak 8% daripada jumlah keseluruhan kos pelaksanaan program pemberian bantuan makanan asas ‘Smart Selangor Food Stamp’, iaitu bersamaan RM400.00 bagi setiap trip ke setiap DUN di Selangor. Caj pengurusan ini adalah termasuk kos logistik, kos penghantaran dan kos pekerja bagi menjayakan program ini.
-
Senaraikan semua pembekal food stamp yang terlibat termasuk pembekal barangan dan pembekal logistik yang dilantikkan oleh Hijrah Selangor bagi skim Food Stamp.
Sepanjang perlaksanaan program Food Stamp, pihak Koperasi Warga Hijrah Selangor (Kohijrah) telah melantik tiga (3) syarikat pembekal iaitu;
- Segi Fresh Cash & Carry
- Syarikat Mayang Technology
- Syarikat Warisan Bagan
Ketiga-tiga syarikat dipertanggungjawabkan untuk membekal dan membuat penghantaran barangan ‘Smart Selangor Food Stamp’ ke semua DUN sebagaimana jadual yang telah ditetapkan dan persetujuan tarikh oleh pihak Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) yang terlibat.
(Sumber : Hijrah Selangor)