Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
160) FLYOVER JEJANTAS BANDAR SAUJANA PUTRA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah peratusan kemajuan terkini dan tarikh rasmi siap bina jejantas flyover ini? Apakah perkembangan terkini pembayaran yang perlu dijelaskan oleh PNSB kepada pihak PLUS sebelum projek pembinaan jejantas ini dapat diteruskan dan disempurnakan pada tahun 2023?
Status Kemajuan terkini (pada 23 Februari 2023) adalah 62.34%. Tarikh jangkaan siap adalah pada Disember 2023 tertakluk kepada keputusan Kerajaan Negeri untuk membuat ketetapan Kos Operasi dan Penyelenggaraan (OEM) kepada pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), konsesi PLUS dan SKVE.
Kerajaan Negeri juga akan memutuskan berkenaan pihak yang akan bertanggungjawab untuk mengambil alih jejambat berkenaan setelah ianya disiapkan kelak.