Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009

60) ‘FLYOVER’ / JAMBATAN JALAN UNIVERSITI PETALING JAYA – BULATAN LAMA UNIVERSITI

Tahun: 2009

Sesi: 2

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edward Lee Poh Lin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perbincangan-perbincangan antara MBPJ / SYABAS, Tenaga Nasional dan Petronas Gas telah berlanjutan sejak 2006-2007 berkenaan kerja pembaikan untuk dijalankan di sekitar jambatan. Apakah status keputusan ke atas kos dan tanggungjawab-tanggungjawab jabatanjabatan kerajaan berkenaan isu ini?

    Mesyuarat Pengalihan Paip Air Bergaris Pusat 1800 mm di Jalan Universiti yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Kanan, Kementerian Tenaga Air & Komunikasi, Tuan Haji Japar Abu pada 30 Mac 2009 memutuskan bahawa Kos untuk kerja-kerja pengalihan paip utama akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Persekutuan.

     

  2. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh MBPJ untuk memastikan bahawa tidak berlakunya pembocoran paip-paip saluran utama air, SYABAS, disebabkan oleh berat jambatan yang juga mungkin boleh menyebabkan keruntuhan jambatan tersebut?

    Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah membina lantai perlindungan sementara ‘temporary protection slab’ bagi mengelakkan kebocoran paip utama sebelum kerja-kerja pengalihan paip utama dilaksanakan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.