Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

197) FLY-OVER BANDAR SAUJANA PUTRA

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Semasa kerja-kerja penanaman cerucuk ‘bored pile' untuk Abutment A, pihak perunding mendapati ianya tidak sesuai dan reka bentuk 'bored pile' telah ditukar kepada cerucuk 'spun pile'. Mengapakah penemuan ini hanya diketahui kemudian dan bukannya lebih awal?

    Perubahan metodologi penggunaan cerucuk jenis ’bored pile’ kepada ’spun pile’ adalah disebabkan kerana ’air pocket’ atau ruangan kosong di bawah permukaan tanah. ’Air pocket’ berkenaan tidak dapat dikesan dalam siasatan dan kajian tanah yang telah dijalankan pada peringkat awal sebelum pelan reka bentuk dimuktamadkan.

    Apabila cerucuk jenis ’bored pile’ digunakan dan memasuki ke dalam ruangan ’air pocket’ tersebut, ianya akan mengakibatkan ruangan ’air pocket’ ini akan dimasuki air dan menyebabkan kaedah ’bored pile’ tidak lagi sesuai digunakan. Berbeza sekiranya tiada sebarang ’air pocket’ di kawasan tersebut, yang mana kaedah ’bored pile’ adalah merupakan pilihan yang terbaik.

    Dengan mengambilkira masalah ruang ’air pocket’ yang terdapat di kawasan tapak pembinaan berkenaan, kerja cerucuk dengan menggunakan kaedah ’spun pile’ adalah yang terbaik dan dapat mengurangkan risiko kerana ianya lebih teguh dari segi pembinaan dan berupaya menghalang runtuhan di dalam ruangan ’air pocket’ semasa kerja-kerja cerucuk dijalankan.

    Di dalam industri pembinaan, rekabentuk dan kaedah yang digunakan adalah tertakluk kepada perubahan untuk disesuaikan dengan keadaan yang tidak dijangka mengikut setiap keadaan tapak projek, terutamanya untuk kerja-kerja cerucuk bawah tanah

Lampiran

Tiada Lampiran.