Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
88) FLY-OVER BANDAR SAUJANA PUTRA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status kemajuan fizikal fly-over ini memandangkan ianya telah bermula pada tahun 2019 dan seharusnya siap dalam masa dua tahun?
Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada 1 Oktober 2019 dan mengikut kontrak ianya sepatutnya disiapkan pada 30 September 2021.
Walaubagaimana pun disebabkan pandemik Covid-19, banyak kerja-kerja yang tergendala disebabkan keperluan pematuhan SOP sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.
Antara kelewatan penyiapan Jejambat ‘Flyover’ di Bandar Saujana Putra adalah disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
- Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan oleh Kerajaan semasa pandemik Covid-19.
- Kesukaran kontraktor untuk menjalankan kerja-kerja di tapak kerana perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kerajaan. Antaranya, mendapatkan Surat Notifikasi Beroperasi melalui MITI, mematuhi kapasiti pekerja yang dibenarkan dan memastikan pekerja di vaksinasi lengkap 2 dos.
- Kenaikan harga bahan mentah serta kekurangan bekalan bahan-bahan binaan berikutan kilang-kilang ditutup sepanjang tempoh PKP dan PKPB.
- Isu berkaitan pekerja dimana mereka perlu dikuarantin sekiranya dijangkiti covid-19 atau menjadi kontak rapat, perlu menjalani ujian swab serta keperluan bagi mendapat vaksinasi lengkap sebelum dibenarkan bekerja di tapak
- Semasa kerja-kerja penanaman cerucuk ‘bored pile’ untuk Abutment A, pihak Perunding mendapati cerucuk jenis ini tidak sesuai mengikut kondisi tanah di tapak. Sehubungan itu, reka bentuk ’bored pile’ telah ditukar kepada cerucuk ’spun pile’ untuk Abutment A & B.
Setelah meneliti faktor-faktor kelewatan tersebut, pihak Seribu Baiduri Sdn. Bhd. setelah disyorkan oleh pihak konsultan telah meluluskan ’Extension of Time’ (EOT) No. 1 selama 243 hari. Tarikh siap terbaru (EOT No. 1) adalah dijangkakan pada 31 Mei 2022.
Latar Belakang Kontrak ;
- Pemilik : Seribu Baiduri Sdn. Bhd.
- Kontraktor : MGB Construction & Engineering Sdn. Bhd.
- Jumlah Kontrak : RM 53,009,665.95
- Tarikh Mula Kerja : 1 Oktober 2019
- Tarikh Siap Kerja (Asal) : 30 September 2021
- Tarikh Siap Baru (EOT) : 31 Mei 2022
- Tempoh Tangungan Kecacatan : 24 Bulan dari CPC
Status Kemajuan Terkini di tapak ; – Jangkaan 79.4%
– Kemajuan Sebenar 22.6%
Kerja-kerja sedang giat dijalankan di pada ketika ini yang melibatkan kerja-kerja cerucuk dan penyediaan ’embankment raft slab’ jejambat berkenaan. (Gambar foto dilampirkan).