Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
178) FLAT PKNS SEKSYEN 6, SHAH ALAM
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah Kerajaan Negeri memiliki rancangan untuk menaiktaraf Flat PKNS di Seksyen 6, Shah Alam yang semakin uzur dan mengalami pelbagai masalah infrastruktur?
Keseluruhan Flat PKNS di Seksyen 6 Shah Alam terbahagi kepada empat (4) Perbadanan Pengurusan (MC) berjumlah 590 unit Rumah Pangsa, iaitu:
BIL. JENIS BLOK JUMLAH BLOK JUMLAH UNIT 1. Blok 3, 4, 5, 7 dan 8 5 280 2. Blok 12, 13 dan 14 3 100 3. Blok 15, 16 dan 17 3 100 4. Blok 18, 19 dan 20 3 110 JUMLAH 14 590 Keseluruhan empat (4) MC yang mengandungi 14 blok ini adalah Kos Sederhana Rendah dan telah diserahkan sepenuhnya kepada MC masing-masing pada bulan November dan Disember 2017. Justeru itu, rancangan menaik taraf (sekiranya ada) bukan lagi di bawah Pentadbiran PKNS, sebaliknya ianya adalah di bawah kuasa MC masing-masing.