Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
13) FI LESEN
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Huraikan fungsi Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Fi Lesen yang berfungsi di setiap PBT?
Jawatankuasa Rayuan Fi Lesen berfungsi bagi mendengar masalah yang dihadapi oleh peniaga-peniaga dan menyemak semula kadar fi lesen sekiranya rayuan mereka mempunyai asas bagi memastikan peniaga mendapat keadilan ke atas fi lesen yang dikenakan.
-
Adakah semua PBT membentuk jawatankuasa ini?
Pembentukan Jawatankuasa Rayuan Fi Lesen di PBT adalah seperti berikut:-
BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) PEMBENTUKAN JAWATANKUASA RAYUAN FI LESEN TELAH MENUBUHKAN (√)
BELUM MENUBUHKAN
(X)
1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) √ 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) √ 3. Majlis Perbandaran Klang (MPK) √ 4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
√ 5. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
√ 6. Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
√ 7. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) √ 8. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) x 9. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) √ 10. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) x 11 Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
x 12. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) x JUMLAH 8 4 -
Nyatakan siapakah ahli-ahli Jawatankuasa bagi setiap PBT?
Keanggotaaannya akan dipengerusikan oleh Datuk Bandar/Yang Dipertua PBT atau Timbalan Datuk Bandar/Yang Dipertua. Manakala ahli-ahli jawatankuasa boleh terdiri daripada Pengarah pelesenan PBT, Ahli Majlis dan mantan Ahli Majlis sebagai ahli tetap. Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri boleh dijemput sebagai pemerhati.
Bilangan rayuan yang telah didengar di setiap PBT dan bilangan rayuan yang dibenarkan adalah seeprti berikut :-
BIL. PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) BILANGAN RAYUAN YANG TELAH DIDENGAR BILANGAN RAYUAN YANG
DIBENARKAN
1. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Bil rayuan Fee Lesen : 317 Bil. yang dibawa ke Mesy. Jk Rayuan : 22
Mesy. akan diadakan 2 kali sebulan.
Tiada maklumat 2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
Tiada Tiada 3. Majlis Perbandaran Klang (MPK) 10 0 4. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Tiada Tiada 5. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 6. Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Masih belum mendapat rayuan kerana MPS akan laksanakan pada 2015 7. Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) 8. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) Tiada Tiada 9. Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) Tiada Tiada 10. Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) 11. Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) Masih lagi belum menubuhkan JK Rayuan Fi Lesen berdasarkan keputusan penangguhan oleh Mesyuarat Penuh MDHS 12. Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Tiada rayuan yang diterima oleh MDSB