Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
69) FESTIVAL ADAT MELAYU NUSANTARA
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Adat Istiadat & Warisan
Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat mempelopori simposium, festival atau mana-mana acara berkaitan adat melayu yang boleh memberi pendidikan kepada anak bangsa tentang asal-usul terutama berkait dengan Negeri Selangor?
Sebagai agensi kerajaan negeri yang bertanggungjawab dalam menyebar luas adat melayu, tradisi dan warisan Selangor, PADAT sentiasa berusaha menganjurkan pelbagai program bagi menyubur dan menghidupkan kebudayaan dan warisan dalam masyarakat di Selangor. Antara program yang pernah dilaksanakan oleh PADAT sebelum ini adalah:
- Konvensyen Identiti Negeri Selangor (2011)
- Program Jalinan Adat Budaya dan Warisan Negeri Selangor “Memartabatkan Adat Membudayakan Warisan” (2011)
- Dialog Meja Bulat Kesenian Telepuk, Kelingkan dan Kebaya Selangor (2013)
- Temasya Adat dan Warisan (2013)
- Temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan Negeri Selangor (2014)
- Temasya Seni Cempuling 25 Jam Tanpa Henti (2015)
- Temasya PADAT: Budaya dan Warisanku (2015)
- Festival Tarian Piring Negeri Selangor (2016)
- SENADA Festival Makanan Warisan Selangor (2018)
- Pertandingan Seni Muzik Cempuling (2019)
- Temasya Silat Seni dan Cempuling (2022)
- Semarak Seni dan Budaya (2019 – 2023)
Dalam usaha ini, PADAT sentiasa bekerjasama dengan badan-badan bukan kerajaan dan agensi-agensi lain yang berkaitan dalam melaksanakan program-program ini.
-
Jika ada, bagaimana dan bila ia akan dianjurkan?
Pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui PADAT kini sedang dalam perancangan untuk melaksanakan Pelan Pembangunan Kebudayaan, Seni Kraf Tangan dan Muzium di Negeri Selangor. Antara pengisian pelaksanaan pelan ini adalah mengadakan simposium yang akan diadakan pada bulan Oktober 2024 tahun ini. Tujuan utama pelan pembangunan ini adalah bagi membuat satu dasar pembangunan berkaitan kebudayan, seni kraf tangan dan muzium di negeri Selangor sebagai sebuah negeri yang maju, berbudaya dan beridentiti.
Simposium ini akan menghimpunkan tenaga pakar dalam bidang yang berkaitan, badan bukan kerajan, pihak berkuasa tempatan, pengusaha, penggiat, anak syarikat kerajaan negeri, institut pengajian tinggi, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dan Kementerian Perpaduan Negara.