Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

2) FENOMENA PERTEMBUNGAN MAZHAB YANG SEMAKIN BERKEMBANG DI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah punca?

    Punca yang boleh dikenal pasti akan wujudnya pertembungan mazhab adalah disebabkan beberapa faktor seperti:

     

    1. Kejahilan umat Islam betapa pentingnya bermazhab menyebabkan mereka sentiasa keliru apabila mendapat maklumat-maklumat yang tidak sahih daripada

     

    1. Perbezaan latar belakang pendidikan penceramah juga diantara punca masalah ini yang mana kebanyakan penceramah kita berbeza tempat belajar menyebabkan pembawakan ideologi yang

     

    • Kefahaman penceramah dalam membincangkan sesuatu isu tidak merujuk secara menyeluruh fakta-fakta muktabar menyebabkan para pendengar menjadikan ianya sebagai hujah
  2. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap fahaman Salafi, As-Syaierah dan Wahabi?

    Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa seperti berikut: Mesyuarat Jawatankuasa   Fatwa    Negeri    Selangor   Kali    5/2012                       yang bersidang pada 23 Oktober 2012 telah memutuskan bahawa:

     

    • Persoalan khilafiah adalah perkara yang diijtihadkan dan tidak boleh sama sekali dihukumkan bid’ah dhalalah kerana bid’ah terbahagi kepada bid’ah hasanah (terpuji) dan bid’ah dhalalah (tercela) yang telah diterima dan menjadi amalan Ulama’ Muktabar sejak

     

    • Pandangan jumhur Ulama’ sewajarnya menjadi ikutan masyarakat Islam dengan mengutamakan perkara-perkara pokok dalam berdakwah dan tidak membesar-besarkan perkara khilafiah yang boleh menggugat perpaduan umat Islam, apatah lagi apabila berdepan dengan cabaran globalisasi dan pasca

     

    • Fahaman al-Asya`irah telah menjadi pegangan orang Islam di Negeri Selangor sejak dahulu
  3. Apakah tindakan bagi memperkukuh kefahaman aqidah Ahlussunnah di kalangan masyarakat muslim di Selangor?

    Tindakan yang boleh diambil bagi mengukuhkan kefahaman umat Islam berdasarkan Ahlu-Sunnah Wal Jamaah:-

     

    Memberikan pendidikan berteraskan Fahaman Ahlu Sunnah Wal Jamaah bagi setiap peringkat melalui sekolah-sekolah, Institut Pengajian Tinggi, Masjid dan Surau serta Agensi-agensi kerajaan dan

     

    Tindakan penguatkuasaan boleh diambil bagi mereka yang melanggar mana-mana keputusan fatwa yang telah

Lampiran

Tiada Lampiran.