Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
37) FENOMENA AIR PASANG BESAR
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan kebarangkalian berlaku fenomena tersebut dalam setahun?
Bagi tahun 2016, kebarangkalian berlaku fenomena air pasang besar adalah 3 kali setahun. Fenomena ini berlaku pada bulan September, Oktober, dan November. Aras air tertinggi yang di ramalkan dari Pusat Hidrografi Negara pada bulan September adalah 5.6 m, bagi bulan Oktober pula mencapai 5.7 m dan bulan November adalah 5.6
MAKLUMAT TAMBAHAN:
BIL TAHUN KETINGGIAN PARAS AIR (m)
1 2007 5.70 2 2008 5.60 3 2009 5.60 4 2010 5.70 5 2011 5.70 6 2012 5.60 7 2013 5.40 8 2014 5.60 9 2015 5.60 10 2016 5.70 -
Sila senaraikan kampung-kampung yang terkena tempias fenomena air pasang besar baru-baru ini?
Kampung yang terlibat ketika air pasang besar baru-baru ini adalah seperti berikut:-
BIL DAERAH LOKASI KAMPUNG TERLIBAT 1 Sabak Bernam · Kg.Sg.Air Tawar · Tebuk Mendeleng
· Sg.Lang
· Kg. Sg. Tengar
2 Kuala Selangor · Kg. Tok Adam, Tg.Karang · Bagan Pasir Penambang
· Bagan Pasir Tg.Karang
· Pantai Remis
3 Klang · Kg.Tok Muda · Kg.Sg.Pinang, Pulau Indah
· Pandamaran
· Taman Selat Damai, Pelabuhan Klang · Kg.Sg. Serdang
· Pelabuhan Utara
4 Kuala Langat · Pantai Kelanang -
Sila nyatakan apakah pelan perancangan holistik yang dilakukan bagi mencegah kejadian ban pecah daripada terus berulang?
Pelan perancangan holistik dari Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor (JPS) adalah dengan menaiktaraf ban pantai sepanjang 70km daripada keseluruhan pantai di Negeri Selangor iaitu sepanjang 291km. Ini melibatkan lima( 5) daerah antaranya ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, dan Sepang. Kos bagi projek ini adalah sebanyak RM 300
MAKLUMAT TAMBAHAN:
Pembinaan dan penyelenggaraan ban pantai merupakan tanggungjawab bersama kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Oleh kerana kos bagi pembinaan ban pantai memerlukan peruntukan yang tinggi, maka permohonan pembinaan atau menaiktaraf ban secara keseluruhan akan dipohon kepada kerajaan persekutuan. Namu begitu, kerajaan negeri juga boleh menampung kos untuk pembinan ban bergantung kepada kewangan semasa.