Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)

40) FDI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 2

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan maklumat berkenaan pelaburan FDI di Selangor sejak 2018.

    Maklumat Jumlah Pelaburan Langsung Asing (FDI) dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan di Selangor sejak 2018 sehingga 2023 seperti berikut;

    Tahun Sektor Perkilangan Sektor Perkhidmatan Jumlah Modal Pelaburan
    Pelaburan Langsung Asing (FDI) Pelaburan Langsung Asing (FDI)
    (RM) (RM) (RM)
    2018 10,836,960,697 442,493,433 11,279,454,130
    2019 10,414,860,687 3,374,366,293 13,789,226,980
    2020 6,946,018,121 1,738,438,174 8,684,456,295
    2021 1,458,273,188 1,826,283,435 3,284,556,623
    2022 7,565,739,313 25,464,483,867 33,030,223,180
    2023 13,675,052,355 3,662,328,302 17,337,380,657
    2024 (Jan – Mar) 1,973,682,030 1,464,653,884 3,438,335,914
    JUMLAH 52,870,586,391 37,973,047,388 90,843,633,779

    Sumber : Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA)

  2. Apakah tindakan kerajaan untuk tarik lebih ramai pelabur luar negara ke Negeri Selangor?

    Antara tindakan Kerajaan untuk tarik lebih ramai pelabur luar negara ke Negeri Selangor seperti berikut;

     

    • Mewujudkan Wilayah Ekonomi Baharu seperti IDRISS, SABDA dan Selangor Maritime Gateway (SMG) dalam usaha menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan membawa keseimbangan pembangunan ke luar kawasan Lembah Klang.

     

    • Melaksanakan program – program promosi penggalakan pelaburan dengan pertemuan secara fizikal mahupun virtual dengan pihak dewan-dewan perniagaan di dalam dan luar negara termasuk misi-misi pelaburan yang akan terus diatur dan dilaksanakan bagi menarik pelaburan baru dan penambahan atau pengembangan pelaburan sedia ada.

     

    • Memberi penekanan kepada industri – industri tumpuan seperti Sains Hayat, Pembuatan Makanan dan Minuman (F&B), Pembuatan Produk Elektrik & Elektronik, Kelengkapan Pengangkutan seperti industri Aeroangkasa dan Dron serta Mesin dan Peralatan bagi sektor pembuatan / perkilangan.

     

    Manakala bagi sektor perkhidmatan pula, Kerajaan memberi penumpuan kepada industri Perkhidmatan Logistik dan Digital Investment seperti Global Business Services (GBS), Data Centre serta Creative Content Technology.

     

    • Memperkenalkan dan mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan utama di Malaysia dan rantau Asia Tenggara melalui penganjuran program – program pameran tahunan bertaraf antarabangsa seperti Selangor International Business Summit (SIBS) dan Selangor Aviation Show (SAS).

     

    • Memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Selangor’s Investors Soft Landing Incentive Program, dan Selangor Lab Partnership Program bagi menyediakan kemudahan dan khidmat sokongan pelaburan yang diperlukan oleh pelabur serta membantu mempercepatkan perlaksanaan projek – projek pelaburan yang dirancang.

     

    • Menggalakkan pembangunan kawasan – kawasan industri baru yang kondusif berkonsepkan Managed Industrial Park (MIP) untuk menampung keperluan para pelabur.

     

    • Melaksanakan Mesyuarat Penyelarasan Projek secara berkala setiap bulan bagi membantu menyelesaikan isu – isu pelaburan yang dihadapi oleh pihak pelabur agar cadangan projek pelaburan yang dirancang dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.