Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
213) FATWA NEGERI SELANGOR DICABAR DAN STATUSNYA
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah fatwa Negeri Selangor yang dicabar di mahkamah dan apakah status yang belum selesai?
Terdapat 1 fatwa yang dicabar di mahkamah iaitu Fatwa Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama yang diwartakan pada 31 Julai 2014. Status terkini berkaitan fatwa yang dicabar ini adalah di peringkat rayuan di Mahkamah Persekutuan.