Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

14) FASILITI SUKAN YANG BUKAN ALIRAN UTAMA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Danial Al-rashid Bin Haron Aminar Rashid

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan pihak Kerajaan Negeri dalam memperkasakan sukan-sukan yang bukan aliran utama seperti ragbi dan hoki terutamanya dalam penyediaan fasiliti sukan berkenaan? Perlu ada fasiliti setiap sukan di setiap PBT.

    Bagi memenuhi keperluan sukan yang bukan tumpuan, Kerajaan Negeri telah menyediakan kemudahan tersebut mengikut keperluan dan permintaan penggunaannya terutama bagi persediaan atlet prestasi tinggi disamping penggunaan masyarakat setempat untuk tujuan rekreasi.

    Kemudahan sukan yang bukan tumpuan dan kurang popular banyak disediakan di Pihak Berkuasa Tempatan termasuklah penggunaan dewan-dewan yang boleh digunakan untuk sukan-sukan tersebut dalam kategori yang berbeza-beza.

    Kerajaan Negeri akan memenuhi keperluan daripada atlet prestasi tinggi dan masyarakat untuk menyediakan kemudahan atau fasiliti sukan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh badan-badan sukan. Kaedah persediaan fasiliti ini dibuat berdasarkan permintaan dan kebanyakkan penggunaannya adalah spesifik kepada atlet prestasi tinggi.

Lampiran

Tiada Lampiran.