Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
237) FASILITI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor mempunyai perancangan untuk menambah baik fasiliti di Mahkamah Rendah Syariah di setiap daerah, khususnya Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat yang semakin uzur dan banyak kerosakan fasiliti berlaku?
Kerajaan Negeri sentiasa bertanggungjawab menyediakan peruntukan pada setiap tahun bagi tujuan penyelenggaraan dan baikpulih terhadap sebarang kerosakan di bangunan Mahkamah Syariah di seluruh Selangor termasuk Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat.
Kerosakan-kerosakan major yang berlaku sentiasa diambil perhatian dan diambil tindakan bagi menjamin keselesaan orang awam yang berurusan di Mahkamah Syariah. Dalam masa yang sama, pihak JAKESS sentiasa merancang untuk mengekalkan kesinambungan keselesaan fasiliti di Mahkamah Syariah seluruh Selangor dengan kerjasama yang baik dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor.
Bagi kerosakan fasiliti yang berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, pihak JAKESS telah selesai mengambil tindakan pembaikan.
Bagi status ketersediaan pembangunan Mahkamah Syariah Gombak, Kerajaan Negeri Selangor melalui pihak UPEN kini telah berada di fasa akhir proses kelulusan pematuhan teknikal sebelum penyerahan dilakukan kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Untuk itu juga, JAKESS telah memperuntukkan peruntukan tahunan sebanyak RM1juta bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikan semua fasiliti di Mahkamah Syariah seluruh Negeri Selangor.