Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
358) FASILITI KESIHATAN
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Afif Bin Bahardin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan semua projek baru yang sedang dibina atau telah dirancang untuk
dibina di Negeri Selangor bagi fasiliti kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan
Malaysia.Untuk makluman Tuan Yang di Pertua, terdapat empat (4) projek pembinaan Klinik Kesihatan yang sedang dilaksanakan di Negeri Selangor dan projek-projek tersebut adalah seperti berikut:
Bil. Nama Projek Status 1. Klinik Kesihatan Jenis 3 Bandar Baru Selayang, Gombak Klinik Baru 2. Klinik Kesihatan Jenis 2 Semenyih, Hulu Langat Klinik Gantian 3. Klinik Kesihatan Jenis 3 Sijangkang, Kuala Langat Klinik Baru 4. Klinik Kesihatan Jenis 3 Timah Langat, Sepang Klinik Baru 5. Klinik Kesihatan Jenis 2 USJ 1, Subang Jaya, Petaling Klinik Baru Manakala senarai Klinik Kesihatan yang dirancang dalam Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-13 adalah seperti dalam senarai berikut:
Bil. Nama Projek 1. Klinik Kesihatan Jenis 2 Bandar Kinrara, Petaling 2. Klinik Kesihatan Jenis 2 Bandar Rimbayu, Kuala Langat beserta kuarters 3. Klinik Kesihatan Jenis 2 Pandamaran, Klang 4. Klinik Kesihatan Jenis 3 Tanjong Karang, Kuala Selangor beserta kuarters Jawapan 40.3 a disediakan oleh:
Dr. Azmi Farhan Bin Daim, Bahagian Kesihatan Awam JKNS
Tuan Yang di Pertua, buat masa ini terdapat 13 buah Hospital Awam KKM di pelbagai daerah di negeri Selangor iaitu 1 buah Hospital Negeri, 7 buah Hospital Berpakar Major, 2 Hospital Berpakar Minor dan 3 buah Hospital Tanpa Pakar yang menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada rakyat.
Untuk makluman, Projek Pembinaan Hospital Kapar sebagai Hospital Pakar Major yang diluluskan di bawah Rolling Plan 2 (RP2) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sedang dalam pelaksanaan dan dijangka siap pada November 2026.
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mempunyai perancangan untuk menaik taraf semua fasiliti hospital KKM di negeri Selangor bagi meningkatkan kapasiti katil serta meningkatkan akses kepada perkhidmatan kepakaran. Pelan pembangunan fasiliti ini telah diselaraskan di dalam Pelan Induk Fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Unjuran 20 Tahun (2023 – 2045).
Projek Pembinaan Hospital Sepang sebagai Hospital Pakar Major di Bandar Baru Salak Tinggi merupakan perancangan pembinaan hospital baru di negeri Selangor dan telah disenarai pendek di peringkat JKNS dalam permohonan projek RP5 RMK12.
JKNS turut menyenarai pendek beberapa projek lain di bawah RP5 RMK12 untuk menaik taraf infrastruktur dan kemudahan di beberapa buah fasiliti hospital sedia ada bagi menambah baik penyampaian kesihatan seperti berikut:
- Pembinaan Blok Tambahan Dan Parkir Bertingkat Di Hospital Shah Alam;
- Pembinaan Blok Tambahan Dan Parkir Di Hospital Banting;
- Pembinaan Bangunan Kompleks Farmasi Steril Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; dan
- Pembinaan Blok Tambahan Di Hospital Kuala Kubu Bharu.
Dengan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang telah diluluskan dan pelan pembangunan fasiliti yang terancang, Jabatan ini yakin dan sentiasa komited dalam usaha untuk mempertingkatkan akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.