Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

38) FASILITI KEMUDAHAN AWAM(CTH DEWAN/FASILITI SUKAN/TAMAN PERMAINAN DLL) DI DUN SENTOSA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan semua fasiliti di bawah MPK sedia ada (berserta lokasi) dan keadaannya.

    Berikut adalah fasiliti sediada di kawasan DUN Sentosa:

     

    Bil. Jenis Fasiliti

    (Dewan/ Sukan/ Taman Permainan)

    Lokasi

    (DUN Sentosa)

    Status/

    Keadaan

    1. Dewan Dewan Serbaguna Taman Sentosa, Di Jalan Sungai Jati, Taman Sentosa, Klang Baik
    2. Balairaya Balairaya Di Kawasan Lapang, Jalan Dato’ Dagang 35A, Taman Sentosa Baik
    3. Balairaya Balairaya Jalan Nakhoda Yusof 4, Taman Nakhoda Yusof Baik
    4. Futsal Gelanggang Futsal Jalan Dato Dagang 17A, Taman Sentosa, Klang Baik
    5. Futsal Gelanggang Futsal Yusuf Shahbudin 23 Baik
    6. Gerai Gerai Makan Jalan Yusof Shahbudin, Taman Sentosa (0 unit) Baik
  2. Nyatakan tarikh penyelenggaraan berserta kos dari tahun 2018-2022.

    Bagi pengurusan Dewan Serbaguna di Taman Sentosa, kerja-kerja penyelenggaraan adalah diselaraskan seperti ketetapan yang berikut :-

     

    • Lawatan tapak oleh pegawai sebanyak 2 kali sebulan;

     

    • Pembersihan Kawasan Dewan dilakukan setiap hari;

     

    • Jadual kerja Pengurus Dewan bermula pada 8.00 pagi hingga 8.00 malam (kerja-kerja pembersihan dan kawalan keselamatan);

     

    • Jadual kerja Pengawal bermula pada jam 8.00 malam hingga 8.00 pagi (mengawal keselamatan bangunan)

    Jumlah kos yang dikeluarkan oleh pihak Majlis bagi meletakkan kakitangan bagi tujuan penjagaan dewan ini adalah seperti berikut.

    Bil. Jenis Aset Kos Kakitangan
    1. Dewan Sentosa Pengurus Dewan: 1 org x RM1800

    Pengawal Keselamatan: 1 org x RM1800

    Jumlah Kos sebulan: RM3,600.00

    Jumlah Kos setahun: RM43,200.00

     

    2. Balairaya Diurus oleh Jawatankuasa Penduduk. Kos ditanggung sendiri oleh Jawatankuasa Penduduk.

     

    3. Gerai Jalan Yusof Shahbudin 10 Pembaikan gerai telah dibuat pada tahun 2018 dan kos pembaikan sebanyak RM300,000.00

     

    Pihak Majlis akan membuat kerja-kerja lawatan bagi mengenalpasti kerosakan yang ada. Pihak Majlis akan mengemukakan perancangan naik taraf/ baikpulih diperingkat pengurusan untuk kelulusan kerja pembaikan/naiktaraf.

  3. Nyatakan pelan perancangan untuk menaiktaraf/penjenamaan semula fasiliti tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.