Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
63) FAHAMAN ISLAM LIBERAL
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ismail Bin Sani
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Akhir-akhir ini ini terdapat fahaman Islam Liberal yang boleh mengancam fahaman sebenar Islam berteras ahli sunnah wal jemaah. Apakah pendirian kerajaan negeri berhubung fahaman Islam Liberal?
Kerajaan Negeri belum memutuskan pendirian yang muktamad berhubung fahaman Islam Liberal. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri sentiasa memantau perkembangannya dari masa ke semasa. Jika didapati jelas memberi ancaman kepada fahaman Islam sebenar yang berteraskan Ahlu Sunnah wal-jamaah, maka Kerajaan Negeri akan memutuskan dan mengambil tindakan.
-
Sejauh manakah penularan fahaman Islam Liberal di Selangor?
Kajian belum dibuat bagi menentukan sejauh mana penularan fahaman tersebut. Setakat ini pergerakannya bukan atas nama organisasi, tetapi dalam bentuk pandangan dan pendapat individu yang dimuatkan dalam laman-laman web. Kerajaan Negeri mengambil perhatian serius perkembangan ini, kerana media yang digunakan mempunyai pelanggan golongan tertentu yang besar pengaruh dan kesannya.
-
Apakah bidang kuasa dan penguatkuasaan yang boleh dilakukan JAIS dalam mengekang fahaman Islam Liberal?
Oleh sebab fahaman Islam Liberal ini belum difatwakan, maka tindakan penguatkuasaan tidak boleh dilaksanakan. Walau bagaimanapun, usaha-usaha penerangan dan penjelasan tentang fahaman Islam Liberal dan kesannya akan diteruskan dari semasa ke semasa supaya umat Islam di Negeri ini tidak mudah terperangkap dengan fahaman yang bercanggah dengan Ahlu Sunnah wal-jamaah.