Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

19 Mac - 23 Mac 2012 dan 26 Mac - 27 Mac 2012

96) FAEDAH YANG DIJANA DARI PERUNTUKAN SETIAP ADN MELALUI PEJABAT TANAH

Tahun: 2012

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Lee Ying Ha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Peruntukkan ADN RM500,000 atau RM600,000 setiap tahun akan diberi faedah apabila di simpan dalam bank. Di manakah dan siapakah yang memagang faedah itu?

    Peruntukan ADN yang berjumlah RM500,000.00 dan ahli MMKN berjumlah RM 600,000.00 disalurkan oleh Kerajaan Negeri ke setiap Pejabat Tanah dan Daerah melalui akaun Pegawai Daerah kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing. Oleh yang demikian, faedah yang diberikan oleh bank dikreditkan terus ke dalam akaun Pegawai Daerah.

  2. Sila kemukakan faedah yang dijana di bawah peruntukkan Teratai bagi tahun 2008, 2009 , 2010 & 2011 dan siapakah yang telah simpan faedah tersebut.

    Faedah terkumpul yang dijana di bawah peruntukkan Teratai bagi tahun 2008, 2009 , 2010 & 2011 adalah sebanyak RM 10,067,76. Perincian faedah tersebut mengikut tahun adalah seperti di Faedah yang diberikan oleh bank dikreditkan ke dalam akaun Pegawai Daerah.

  3. Siapakah yang boleh menentukan kegunaan faedah tersebut?

    Penentuan kegunaan faedah bank bagi akaun peruntukan ADN tersebut adalah tertakluk kepada kelulusan Pegawai Daerah yang merupakan pengawal akaun tersebut dan ia boleh digunakan untuk kegunaan Program Mesra Rakyat ADN berkaitan.

    LAMPIRAN

    FAEDAH TERKUMPUL YANG DIJANA DI BAWAH PERUNTUKKAN TERATAI BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2011

    TAHUN /FAEDAH 2008 (RM) 2009 (RM) 2010 (RM) 2011 (RM)
    JANUARI 254.99 48.50 31.82 37.29
    FEBRUARI 484.25 369.21 370.38 414.89
    MAC 326.31 357.64 377.94 394.88
    APRIL 21.45 322.15 321.16 301.59
    MEI 22.18 301.28 311.76 296.00
    JUN 310.95 266.67 280.92 273.09
    JULAI 307.78 264.23 197.10 277.42
    OGOS 258.35 216.42 160.07 213.84
    SEPTEMBER 183.09 141.03 140.40 183.29
    OKTOBER 159.11 116.26 111.68 130.09
    NOVEMBER 57.38 56.96 69.65 85.84
    DISEMBER 48.33 32.22 37.26 122.66
    JUMLAH 2,434.17 2,492.57 2,410.14 2,730.88
    JUMLAH

    KESELURUHAN

      10,067,76  

Lampiran

Tiada Lampiran.