Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
192) FAEDAH KEPADA GOLONGAN PETANI DAN NELAYAN
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah purata pendapatan golongan petani dan nelayan di Selangor?
Secara puratanya, pendapatan golongan petani dan nelayan di Negeri Selangor adalah melebihi RM1,500.00 sebulan. Walau bagaimanapun, masih terdapat golongan tersebut yang memperoleh pendapatan kurang dari RM1,500.00 khususnya golongan nelayan dan petani tradisional.
-
Apakah faedah yang diterima oleh golongan penting petani dan nelayan dengan dasar kerajaan negeri yang ada pada hari ini?
Melalui dasar Peduli Rakyat yang diamalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada ketika ini, golongan-golongan tersebut akan terus diberikan bantuan bagi membantu mengurangkan kos operasi mereka dan dalam masa yang sama akan meningkat hasil usaha mereka. Antara bantuan yang diberikan adalah seperti input-input pertanian iaitu baja dan racun untuk golongan petani manakala bagi golongan nelayan pula mereka diberikan bantuan berbentuk peralatan menangkap ikan seperti jaring dan sistem Kedudukan Sejagat atau Global Positining System (GPS).
-
Adakah kerajaan bercadang untuk menambah skim IPR khusus bagi golongan ini?
Pertambahan bantuan kepada golongan tersebut adalah tertakluk kepada peruntukan tahunan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri. Sesungguhnya adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk sentiasa mengenalpasti apakah jenis bantuan yang boleh diberikan kepada lebih ramai golongan petani dan nelayan agar mereka sentiasa dibela dan diberikan perhatian memandangkan golongan tersebut adalah merupakan penyedia sumber makanan utama di dalam Negeri Selangor mahupun Negara.