Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
126) EXCO PBT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah langkah pencegahan yang diambil bagi pengawalan umat Islam agar menjauhi arak?
Antara langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengawal dan menghindar umat Islam agar menjauhi arak adalah pihak berkuasa yang bertanggungjawab seperti Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau Pejabat Kesihatan Daerah atau PBT perlu mengadakan:-
- Kempen dan penerangan secara meluas berkaitan haram meminum arak atau kesan-kesan meminum arak kepada umat Islam serta seluruh masyarakat;
- Membuat poster, sticker atau papan tanda larangan membeli arak oleh orang islam dan orang di bawah umur 18 tahun serta mempamerkannya di tempat simpanan penjualan arak;
- Mengasingkan minuman keras dari barang-barang makanan lain;
- Menyediakan buka rekod pembeli minuman keras (nama/IC/alamat/nombor telefon);
- Mengasingkan kaunter bayaran bagi minuman keras dan petugas kaunter mestilah bukan beragama Islam;
- Menggalakkan seluruh masyarakat mengamalkan cara hidup sihat dengan mengadakan aktiviti kemasyarakatan;
- Mengenakan cukai yang tinggi;
- Mengenakan hukuman yang berat kepada orang Islam yang didapati meminum arak; dan
- Tidak menyokong penambahan premis-premis baru dalam kawasan yang disyaratkan oleh PBT untuk tidak diberi lesen oleh Pejabat Daerah.
-
Apakah tindakan yang diambil bagi menghapuskan gejala sosial yang kian meningkat di kawasan PBT?
Antara tindakan yang boleh diambil bagi menghapuskan gejala sosial yang kian meningkat di kawasan PBT adalah seperti berikut:-
- Kerap mengadakan operasi bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi yang terlibat seperti PBT,JAIS, Kastam, PDRM, Imigresen dan AADK;
- Menambah anggota Penguatkuasa PBT bagi mempertingkatkan pemantauan di kawasan operasi bersama-sama agensi lain di lokasi atau kawasan yang sering berlaku jenayah;
- Peranan Jawatankuasa Penduduk perlu dipergiatkan bagi mengawasi gejala sosial di kawasan setempat dan mempunyai nombor talian komunikasi dengan pihak Polis;
- Peranan ibu bapa juga penting dan dituntut bagi mengawasi anak-anak daripada pengaruh-pengaruh tidak bermoral;
- PBT menambah pencahayaan dengan menambah tiang lampu atau spot light di kawasan, lorong atau simpang yang gelap dikawasan operasi;
- PBT menumpukan pengoperasian sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan-kawasan yang didapati hot-spot kejadian