Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
7) EXCO AGAMA
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Ahmad Mustain Bin Othman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Selepas pasca COVID-19, rakyat jauh dari masjid dan surau dan apakah langkah-langkah yang diambil supaya masjid dan surau dapat diimarahkan seperti sebelum COVID-19 melanda?
Masjid dan surau di Negeri Selangor telah diimarahkan kembali sebaik sahaja Negeri Selangor diisytiharkan memasuki Fasa Ke Empat (4) Pelan Permulihan Negara (PPN). Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah mengeluarkan ketetapan bertarikh 1 November 2021 yang memberi peluasan untuk pelaksanaan :-
i. Pertambahan bilangan jemaah Solat Fardhu Jumaat dan Solat Fardhu Lima (5) Waktu dengan penjarakan 1.5 meter.
ii. Aktiviti pengimarahan masjid seperti kuliah, tazkirah, kuliah dhuha, kelas Al-Quran, kuliah muslimat, forum, daurah berkitab, halaqah, diskusi, ceramah perdana, kelas pengajian bersijil, aktiviti kursus dan Latihan dan Kelas KAFA.
iii. Pengoperasian sermula kiosk-kiosk dan aktiviti yang mampu menjana ekonomi di kawasan masjid dan surau.
iv. Majlis akad nikah.
v. Pengoperasian semula kiosk-kiosk atau gerai yang mampu menjana pendapatan masjid, dan
vi. Pelaksanaan Mesyuarat Jawatankuasa Berkala dan Mesyuarat Agung Tahunan Masjid Dan Surau.