Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
17 Ogos - 20 Ogos 2015
24) ETIKA BERPAKAIAN DI PEJABAT KERAJAAN
Tahun: 2015
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bagaimanakah etika berpakaian untuk rakyat berurusan di pejabat-pejabat Kerajaan Negeri?
Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor telah menaikkan papan tanda tatacara berpakaian bagi pelawat Bangunan SSAAS di pintu masuk 1, 2 dan 3 serta di bangunan seperti berikut:
- Tidak dibenarkan memakai baju kemeja tanpa kolar.
- Tidak dibenarkan memakai baju tidak berlengan.
- Tidak dibenarkan memakai pakaian terdedah.
- Tidak dibenarkan memakai skirt di atas paras lutut.
- Tidak dibenarkan memakai seluar pendek atau legging.
- Tidak dibenarkan memakai selipar.
-
Apakah pihak Kerajaan Negeri menghadapi masalah dalam melaksanakan kod etika tersebut?
Pada ketika tertentu terdapat pelawat yang mengunjungi Kompleks Kerajaan Negeri, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang tidak mematuhi etika pakaian yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun perkara ini dapat diselesaikan oleh pegawai bertugas di pos-pos pengawal.
-
Apakah tindakan bagi mereka yang mengingkari tatacara berpakaian tersebut?
Pihak Pentadbiran akan membuat teguran secara lisan kepada mereka yang mengingkari tatacara berpakaian tersebut.