Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
155) ESG DAN GLC NEGERI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Elizabeth Wong Keat Ping
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apa tindakan yang akan diambil untuk memastikan semua GLC Selangor ada Lembaga ESG (Jawatankuasa Sosial dan Tadbir Urus Alam Sekitar) yang bertujuan untuk menyokong komitmen Kerajaan Negeri terhadap alam sekitar, tadbir urus korporat dan kemampanan?
MBI Selangor telah mengemaskini visi organisasi dengan mengambil kira elemen kelestarian sosial, alam sekitar dan ekonomi dalam menyokong komitmen Kerajaan Negeri bagi mengukuhkan tadbir urus korporat. MBI telah mewujudkan polisi-polisi berikut, yang juga sebagai pematuhan terhadap Seksyen 17A Akta SPRM 2018:
- Polisi kod etika kerja dan tatalaku
- Polisi anti rasuah dan penyelewengan
- Polisi kod etika perniagaan
- Polisi konfilik kepentingan
- Polisi penerimaan dan pemberian hadiah
- Polisi pemberi maklumat
- Polisi pengurusan risiko
MBI juga dalam proses membangunkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (Organization Anti-Corruption Plan) seperti yang termaktub di dalam arahan YAB Perdana Menteri No.1 tahun 2018, siri 2 No.1 tahun 2019.