Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012

9 Julai 2012 hingga 12 Julai 2012

51) ENVIRONMENT MANAGEMENT PLAN(EMP) HUTAN SIMPANAN YANG DILADANGKAN

Tahun: 2012

Sesi: 2

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Tuan Lee Kim Sin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah EMP diwajibkan ke atas pengusaha ladang-ladang di Hutan Simpanan ?

    Agensi kerajaan pada dasarnya terikat dengan mana-mana peraturan yang berkuat kuasa terutama semasa menjalankan aktiviti jabatan. Jabatan mensyaratkan supaya pengusaha-pengusaha ladang hutan di Hutan Simpanan Kekal menyediakan EMP bagi kawasan yang diusahakan melebihi 500 hektar.

  2. Apakah sistem pemantauan yang diamalkan oleh Jabatan Perhutanan untuk memastikan EMP dikawal selia?

    Pemantauan dibuat dengan menjalankan semakan berkala bagi memastikan tindakan pembaikan dijalankan sebagaimana yang dicadangkan dalam EMP.

  3. Apakah pelan Kerajaan dalam memulihara Hutan Simpanan tersebut supaya spesies endemik dan biodiversiti dikembalikan?

    Penubuhan Ladang Hutan adalah bertujuan untuk menampung bekalan kayu. Bagi negeri Selangor, penubuhan ladang yang dijalankan sekarang adalah melibatkan kawasan ladang sedia ada. Bagi tujuan pemuliharaan biodiversiti, kawasan hutan diuruskan mengikut fungsi yang telah dikenal pasti seperti diperuntukkan di bawah seksyen 10(1) Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Walaupun begitu, pelaksanaan EMP adalah merupakan satu langkah dalam memelihara biodiversiti.

Lampiran

Tiada Lampiran.