Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

190) ENAKMEN SYARIAH BAGI MENGHUKUM PERLAKUAN ZINA ANTARA SUAMI ORANG DENGAN ISTERI ORANG

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah Enakmen Syariah yang ada bagi Negeri Selangor dalam mencegah atau menghukum perlakukan zina di antara suami orang dengan isteri orang?

    Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor No.9 Tahun 1995 merupakan Enakmen yang menyediakan peruntukan Undang-Undang terhadap   perlakuan zina bermula daripada tindakan pencegahan sehingga perlakuan zina, di bawah Seksyen 31(Perbuatan tidak sopan di tempat awam), Seksyen 29(Khalwat), Seksyen 26 (Perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah) dan Seksyen 25 (Persetubuhan luar nikah).

  2. Berapa banyakkah kes berkaitan didakwa di Mahkamah Syariah sejak Enakmen tersebut wujud?

    Berikut adalah jumlah kes persetubuhan luar nikah di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 tersebut berdasarkan jenis kes yang didaftarkan mengikut tahun dari tahun 2001 hingga tahun 2023.

    Seksyen 25 – Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah

    Seksyen 26 – Kesalahan Persediaan Persetubuhan Luar Nikah

    Seksyen 29 – Kesalahan Khalwat

    Seksyen 31 – Kesalahan Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam

Lampiran

Tiada Lampiran.