Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

123) ENAKMEN SISA PEPEJAL SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan status enakmen sisa pepejal Selangor dan bilakah ianya akan diguna pakai di Selangor?

    Enakmen Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor sedang dimuktamadkan di mana satu bengkel penyemakan draf akhir Enakmen ini telah diadakan bersama pihak UPEN yang bertindak sebagai urusetia, Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor sebagai fasilitator dan wakil-wakil PBT sebagai peserta di mana dijangka kertas cadangan MMKN berkenaan Enakmen ini akan dibentangkan pada bulan April atau

     

    Untuk makluman, Enakmen ini telah tertangguh memandangkan terdapat beberapa isu perundangan yang perlu diperhalusi dan diteliti oleh Kamar Penasihat Undang –Undang Negeri Selangor dan juga Pejabat Peguam Negara. Dijangka, sekiranya mendapat kelulusan Kerajaan Negeri, Rang Undang-Undang ini akan dapat dibentang pada persidangan dewan akan datang atau selewat-lewatnya hujung tahun ini untuk dikuatkuasakan pada tahun 2017.

  2. Nyatakan secara terperinci fungsi dan matlamat enakmen tersebut?

    Penggubalan Enakmen adalah bertujuan:

     

    Menyediakan satu undang-undang iaitu suatu enakmen yang terpakai di Negeri Selangor untuk mengawalselia pemungutan, pembuangan dan pelupusan sisa pepejal bagi menggantikan semua undang-undang kecil (UUK) berkaitan pengurusan sampah yang digunakan pada masa kini oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor;

     

    Memastikan kesihatan awam dan persekitaran di Negeri Selangor berada dalam keadaan baik, bersih, selamat dan selesa melalui perkhidmatan pengurusan sisa pepejal bersepadu (integrated solid waste management) dan pembersihan awam yang terbaik oleh PBT dan termasuk penyediaan kemudahan-kemudahan yang mencukupi;

     

    • Memastikan PBT sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam semua aspek berkaitan operasi dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Selangor; dan

     

    • Memperuntukkan hukuman yang lebih tegas dan berkesan serta penguatkuasaan yang

     

    (Antara penambahbaikan yang dicadangkan dalam enakmen ini adalah pengenaan penalti yang lebih tinggi sebagai langkah pencegahan terhadap masalah pembuangan/pelupusan sampah. Dicadangkan denda maksima dan hukuman berkaitan kesalahan-kesalahan dalam enakmen ini dikenakan  antara RM10,000.00 hingga RM50,000.00 dan penjara antara enam (6) bulan hinggan lima (5) tahun dikenakan berbanding semasa tidak melebihi RM2,000.00 dan penjara tidak lebih satu tahun).

Lampiran

Tiada Lampiran.