Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

115) ENAKMEN SISA PEPEJAL NEGERI SELANGOR

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status penggubalan Enakmen Sisa Pepejal Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri telah menjalankan beberapa siri taklimat berhubung dengan penggubalan Rang Undang-Undang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negeri Selangor (RUU) kepada barisan back benchers dan ia tertangguh berikutan terdapat beberapa isi kandungan draf RUU ini mempunyai beberapa isu perundangan yang perlu diperhalusi dan diteliti oleh pihak Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor. Sekiranya semakan dan penelitian telah selesai barulah pihak urusetia akan mengangkat draf RUU tersebut kepada MMKN untuk kelulusan dan arahan lanjut sebelum draf RUU itu dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan

  2. Apakah perkara penambahbaikan yang dimasukkan dalam enakmen?

    Antara penambahbaikan yang dimasukkan dalam enakmen adalah:-

    • Menyediakan satu undang-undang iaitu suatu enakmen yang terpakai di Negeri Selangor untuk mengawalselia pemungutan, pembuangan dan pelupusan sisa pepejal bagi menggantikan semua undang-undang kecil (UUK) berkaitan pengurusan sampah yang digunakan pada masa kini oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor;

     

    • Memastikan persekitaran di Negeri Selangor berada dalam keadaan baik, bersih, selamat dan selesa melalui perkhidmatan pengurusan sisa pepejal bersepadu (integrated solid waste management) dan pembersihan awam yang terbaik oleh PBT dan termasuk penyediaan kemudahan-kemudahan yang mencukupi;

     

    • Memperkasa peranan PBT sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab dalam semua aspek berkaitan operasi dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di negeri Selangor;

     

    • Memperuntukkan hukuman yang lebih tegas dan berkesan serta penguatkuasaan yang menyeluruh; dan

     

    • Penguatkuasaan penalti yang lebih tinggi sebagai langkah pencegahan terhadap masalah pembuangan/pelupusan sampah ( denda maksima dan hukuman berkaitan kesalahan-kesalahan dalam enakmen ini dikenakan antara RM10,000.00 hingga RM50,000.00 dan penjara antara enam (6) bulan hinggan lima (5) tahun dikenakan berbanding semasa tidak melebihi RM2,000.00 dan penjara tidak lebih satu tahun).

Lampiran

Tiada Lampiran.