Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017
63) ENAKMEN PUSAT HIBURAN DAN PUSAT SIBER
Tahun: 2017
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah rancangan Kerajaan Negeri bagi menangani pusat-pusat siber yang kini menjadi sarang judi?
Kerajaan Negeri melalui PBT telah dan akan terus melaksanakan usaha-usaha untuk membanteras pusat-pusat siber haram ini dengan mengadakan serbuan bersepadu dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan yang lain ke lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti mengikut kuasa yang diperuntukkan melalui Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1995. Walau bagaimanapun, bagi premispremis yang menjalankan aktiviti berunsur perjudian, maka tindakan penguatkuasaan adalah di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 iaitu perlu mendapatkan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).
-
Adakah terdapat cadangan menggubal Enakmen Pusat Hiburan dan Pusat Siber bagi mengawal serta mencegah masalah pusat-pusat tidak sah tersebut?
Kerajaan Negeri mempunyai perancangan untuk meminda Enakmen Pusat Hiburan Negeri Selangor yang kini dalam proses semakan bagi memastikan keseluruhan aspek diambilkira sebelum dibentangkan untuk kelulusan.