Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022

25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)

130) ENAKMEN MENGAWAL LEMBU KERBAU MENGGUGAT KESELAMATAN

Tahun: 2022

Sesi: 2

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bilakah Kerajaan Negeri akan menambahbaik Undang-undang Negeri Enakmen No 3 Tahun 1971 iaitu Enakmen Mengawal Lembu Kerbau yang mana permasalahan ini semakin menggugat keselamatan diri harta benda.

    Untuk Makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri sentiasa akan membuat penambahbaikan terhadap Undang-undang Kecil dan Enakmen di bawah Negeri Selangor. Namun, sebarang gubalan atau pindaan bagi kedua-dua perkara tersebut adalah tertakluk kepada keperluan dan keutamaan semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang dibincangkan bersama dari semasa ke semasa.

  2. Ramai penternak lembu dan kerbau tidak bertanggungjawab melepaskan ternakan mereka sesuka hati.

    Dalam Enakmen Mengawal Lembu Kerbau 1971 (Enakmen Selangor No.3 tahun 1971), dinyatakan bahawa suatu kawasan PBT atau sebahagiannya merupakan kawasan larangan bagi lembu-kerbau. Justeru itu, lembu-lembu yang berkeliaran di kawasan larangan boleh diklasifikasikan sebagai lembu ternakan yang tidak bertuan dan tindakan seperti tangkapan boleh dibuat ke atas lembu-lembu yang berkeliaran tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.