Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

17 Ogos - 20 Ogos 2015

307) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT (FOI)

Tahun: 2015

Sesi: 2

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri sejak Penyata Enakmen Kebebasan Maklumat dibentangkan oleh SELCAT (Kertas Bil. 3/2015)?

    Susulan daripada beberapa teguran dan gesaan oleh Jawatankuasa SELCAT untuk menambah baik pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat secara menyeluruh, Pentadbiran ini telah mengambil langkah-langkah yang proaktif untuk memperkemaskan pelaksanaan Enakmen ini. Antara langkah-langkah yang telah dan akan dilaksanakan adalah seperti berikut:

    • Mengadakan Mesyuarat Pemandu, mesyuarat Jawatankuasa Kerja dan Pemantauan secara berkala;

     

    • Melaksanakan proses lantikan Pegawai Maklumat yang baru bagi menggantikan Pegawai Maklumat Jabatan yang telah bertukar;

     

    • Mengadakan Bengkel Pengukuhan Pemahaman dan Pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat yang dijadualkan pada bulan September 2015 dengan kerjasama Kamar Penasihat Undang-undang Negeri dan pakar-pakar yang dikenal pasti;

     

    • Mempergiatkan usaha-usaha promosi dan hebahan kepada orang awam; dan

     

    • Mengadakan engagement bersama pengamal media cetak dan elektronik untuk membantu hebahan kepada orang
  2. Berapakah permohonan FOI yang diterima sejak 2013? Berapakah yang telah ditolak?

    Berdasarkan semakan, Pentadbiran Kerajaan Negeri telah menerima sejumlah 222 permohonan melibatkan pelbagai Jabatan / Agensi semenjak pelaksanaan Enakmen ini mulai tahun 2013. Daripada jumlah berkenaan, hanya sejumlah lapan (8) permohonan sahaja yang telah ditolak secara

     

  3. Sila nyatakan semua permohonan yang telah ditolak dan berikan sebab-sebab.

    Justifikasi penolakan permohonan mendapatkan maklumat melalui Enakmen ini adalah seperti berikut:

     

     

    BIL.

     

    JABATAN

     

    JENIS PERMOHONAN

     

    SEBAB DITOLAK

    1. Jabatan         Kehakiman

    Syariah                               Negeri Selangor (JAKESS)

    Tanah Pusaka Dijadikan Tanah Pertanian dan Pembangunan. Tiada        data                  yang berkaitan.
    2. Lembaga       Urus                       Air Selangor (LUAS) Maklumat air bumi (Syarikat yang memiliki telaga tiub) Permohonan         tidak

    lengkap                 (tidak

    menyatakan                               tujuan permohonan maklumat)

    3. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Maklumat air bumi (Champs Water Sdn. Bhd.) Maklumat pihak ketiga.
    4. Lembaga Urus Air

    Selangor (LUAS)

    Maklumat air bumi (Syarikat

    yang memiliki telaga tiub)

    Maklumat pihak ketiga.
    5. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Maklumat air bumi (telaga

    tiub di kawasan Lembangan Sg. Langat)

    Mengandungi maklumat pihak ketiga.
    6. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Maklumat air bumi Permohonan        tidak

    lengkap                 (tidak

    menyatakan aspek maklumat air bumi yang dikehendaki)

    7. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Data sumber air Permohonan mengelirukan. Pemohon                                 tiada

    melakukan permohonan semula.

    8. Majlis                    Perbandaran Subang Jaya Pemindahan Maklumat Dari Pejabat Daerah dan Tanah Petaling (PDTP) Mengenai Projek                       Pembangunan Semula Lot 5270 dan Lot 5240 Mukim Petaling, Seri Kembangan Tidak berkaitan dan wajar dirujuk kepada UPEN.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.