Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2022
25 Julai - 29 Julai 2022 dan 01 Ogos - 05 Ogos 2022 (Isnin - Jumaat dan Isnin - Jumaat)
193) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT
Tahun: 2022
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Ronnie Liu Tian Khiew
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapa banyak maklumat berjaya disampaikan semenjak Enakmen Kebebasan Maklumat dibuat di Selangor?
Sebanyak 1,912 permohonan telah diterima dan diproses sepanjang pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011. Antara jabatan yang telah menerima permohonan paling tinggi adalah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) sebanyak 444 permohonan, diikuti dengan Majlis Perbandaran Selayang iaitu sebanyak 439 permohonan dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan 309 permohonan sepanjang pelaksanaan Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011.