Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

101) ENAKMEN KEBEBASAN MAKLUMAT

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah saranan SELCAT supaya klausa keterbukaan kepada Enakmen Kebebasan Maklumat dimasukkan kepada setiap perjanjian yang ditandatangani oleh Kerajaan Selangor, agensinya dan PBT sudah dilaksanakan?

    Seperti mana yang disarankan oleh SELCAT, klausa keterbukaan kepada Enakmen Kebebasan Maklumat sedang diteliti pelaksanaannya oleh Pentadbiran ini dengan nasihat daripada Kamar Penasihat Undang-undang.

  2. Butirkan statistik permohonan yang diterima dan diluluskan pada tahun 2015

    Sebanyak 158 permohonan di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 yang telah diterima dan diluluskan pada tahun 2015. Jabatan yang telah menerima permohonan paling banyak adalah Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) iaitu sebanyak 40 permohonan, seterusnya Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) iaitu sebanyak 27 permohonan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor pula telah menerima sebanyak 17

Lampiran

Tiada Lampiran.