Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

144) ENAKMAN KEBEBASAN MAKLUMAT

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah statistik penggunaan enakmen kebebasan maklumat oleh orang awam di Selangor?

    Berdasarkan rekod permohonan yang telah diterima semenjak berkuatkuasanya Enakmen Kebebasan Maklumat (Negeri Selangor) 2011 pada 5 Mac 2013 sehingga kini, sejumlah 127 permohonan maklumat telah diterima sepertimana diperjelaskan di Jadual 1 berikut:

    Bil. Jabatan Bilangan Permohonan Yang Diterima
    1. Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) 68
    2. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) 27
    3. Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) 16
    4. Pejabat Daerah / Tanah Kuala Langat 4
    5. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor 2
    6. Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) 2
    7. Majlis Perbandaran Klang (MPK) 2
    8. Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor (JKR) 1
    9. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 1
    10. Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) 1
    11. Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) 1
    12. Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) 1
    13. Pejabat Daerah / Tanah Petaling 1
    14. Jabatan Perancangan Bandar dan Tiada

     

    Bil. Jabatan Bilangan Permohonan Yang Diterima
      Desa Negeri Selangor (JPBD)  
    15. Jabatan Pertanian Negeri Selangor Tiada
    16. Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (JKM) Tiada
    17. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor (JPS) Tiada
    18. Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Tiada
    19. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor Tiada
    20. Jabatan Mufti Negeri Selangor Tiada
    21. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor Tiada
    22. Perbendaharaan Negeri Selangor Tiada
    23. Majlis Bandaraya Shah Alam Tiada
    24. Majlis Daerah Hulu Selangor Tiada
    25. Majlis Daerah Kuala Langat Tiada
    26. Majlis Daerah Kuala Selangor Tiada
    27. Majlis Daerah Sabak Bernam Tiada
    28. Majlis Perbandaran Kajang Tiada
    29. Majlis Bandaraya Petaling Jaya Tiada
    30. Majlis Perbandaran Selayang Tiada
    31. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Tiada
    32. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) Tiada
    33. Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) Tiada
    34. Lembaga Perumahan & Hartanah Selangor Tiada
    35. Pejabat Daerah / Tanah Sabak Bernam Tiada
    36. Pejabat Daerah / Tanah Gombak Tiada
    37. Pejabat Daerah / Tanah Hulu Langat Tiada
    38. Pejabat Daerah / Tanah Hulu Selangor Tiada
    39. Pejabat Daerah / Tanah Klang Tiada
    40. Pejabat Daerah / Tanah Kuala Selangor Tiada
    Bil. Jabatan Bilangan Permohonan Yang Diterima
    41. Pejabat Daerah / Tanah Sepang Tiada
      JUMLAH 127 permohonan
  2. Butirkan permohonan yang telah ditolak, dan mengapa?

    Setakat tarikh pengemaskinian sehingga 31 Mac 2014, kesemua 127 permohonan untuk mendapatkan maklumat telah diluluskan dan tiada permohonan yang ditolak.

Lampiran

Tiada Lampiran.