Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
266) EMPANGAN SUNGAI LANGAT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah struktur Empangan Sungai Langat masih kukuh memandangkan usianya yang lama?
Empangan Sungai Langat adalah empangan bagi tujuan bekalan air iaitu jenis empangan tambakan tanah/earthfill dam dan telah siap dibina pada 1979. Empangan Sungai Langat masih kukuh sehingga kini dengan pelaksanaan pemantauan rapi oleh operator Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor) bagi memastikan keselamatan integriti struktur empangan termasuk sistem pengurusan keselamatan empangan, operasi dan juga penyelenggaraan empangan selaras Malaysia Dam Safety Management Guidelines, MYDAMS (2017). Dalam memastikan keselamatan empangan, pemeriksaan yang dilaksanakan oleh pihak perunding yang dilantik Air Selangor bagi menjalankan Dam Safety Inspection dan Dam Safety Review setiap 5 tahun sekali, didapati struktur Empangan Sungai Langat masih berada dalam keadaan kukuh dan baik. Pemantauan pihak LUAS bagi memastkan operasi dan penyelenggaraan empangan selaras dengan pematuhan MYDAMS dan juga Enakmen LUAS 1999.